Mar 26, 2010

kuasa Allah S.W.T

Dari janin menjadi bayi..

picture 1
picture 2
picture 3
picture 4
picture 5


kanak-kanak

pagi tadi dlm komuter otw nk ke kl sentral train berhenti di stesen salak selatan tibe2 aku terdengar suara riang kanak-kanak bersama cikgu mereka..aku igt mcm biasa la cikgu bawa anak murid jalan2 naek komuter tapi ble aku tgk kanak-kanak tu aku tersenyum sebab aku teringat kan cousin aku arwah amira n adk amy,atirah x silap aku nme die..sebab kanak-kanak tu jugak seperti mereka syndrome down, mereka sangat comel..de sorang budak perempuan tu siap gelak2 lagi sebab maybe die excited kot..suara die comel gile!!!pastu bley plak sakat member die nk pijak2 kasut..HAHA..pastu aku pon terjenguk-jenguk mungkin ramai lagi kanak-kanak seperti mereka di dalam train tp rupe2nye mereka bercampur de yg istimewa dan juga de yg normal seperti kte semua..so jangan la koraang memandang rendah kat mereka sebab mereka juga de persaan:))cousin aku jadi macam tu sebab demam panas..semoga rohnye dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman..al-fatihah

gambar hiasan:)

sekadar hiburan.

PENJUAL TELUR

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh , Kuala Selangor
atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau
Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.
Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan
pembeli sampai dia datang.

CUCU VS ATOK

Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan

Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi.
Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar? Besar nak
jadi apa? (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak
pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang
lain.
Atuk: Tak sama apanyerr?
Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan ?


PELAJAR PERUBATAN

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka
terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.
Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry"Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm... bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: ...pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

Mar 1, 2010

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD s.a.w

''...Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu…''



KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH