May 25, 2010

"When u attack Black people, they callitracism. When u attack Jewish people, they call it anti-semetism. When u attack women, they call it sexism. When u attack homosexuality,they call it intolerance. When u attack a Country, they call it treason.When u attack a religious sect, they call it ...hate..But when they...atta...ck the Prophet Mohammed, they call it freedom of speech!!"

apa perasaan korang bile bace?freedom of speech??!WTH.

p/s;renung-renungkan dan fahami nya~~

*copy dari aliff firdaus..aku maen copy jerk sbb die bagi:)

May 21, 2010

tips mengawal penyakit hati

Sabda Nabi s.a.w"
Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu maka akan baiklah pula yang lain. Apabila buruk daging itu. Maka buruklah pula yang lain. Ketahuilah bahwa daging tersebut adalah hati"

"Ketahuilah bahawa penyakit hati itu lebih teruk berbanding penyakit fizikal kerana penyakit fizikal hanya dideritai di dunia tetapi andai penyakit hati yang dihidapi kemelaratannya bukan takat di dunia tetapi bakal dibawa ke akhirat kelak"

1. Mengurangkan makan dan minum. Kekenyangan yang berlebihan akan menyebabkan kita malas beribadah dan rasa mengantuk. Makanlah untuk hidup bukannya hidup untuk makan.

2. Menyibukkan diri kita dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Dhuha, solat Tahajud, solat Taubat, solat Witir dll. Ada pun solat itu penyuluh hati dan menyelamatkan kita dari sifat-sifat keji.

3. Mengamalkan membaca zikir harian. Amalan zikrullah adalah jalan yang paling dekat untuk sampai kepada Allah s.w.t. Zikir mampu membersihkan hati daripada karatnya (kekotoran)

4. Bersabar dalam menghadapi permasalahan, musibah dan tekanan. Sesungguhnya kesabaran itu adalah kekuatan diri yang sebenar.

5. Sentiasa memohon pertolongan daripada Allah s.w.t dan berdoa kepadanya agar kita dipelihara dan terselamat dari perbuatan-perbuatan keji.

6. Mengurangkan bercakap kepada benda-benda yang tidak berfaedah. Bercakaplah ketika perlu sahaja. Nabi ada menegaskan bahawa orang yang banyak bercakap, banyak pula kesalahan yang dibuat.

7. Menangislah sepuas-puasnya apabila kita menghadapi tekanan. Tekanan akibat dari cabaran hidup dapat dikurangkan dengan menangis. Ia akan mengembalikan semula ketenangan dan kedamaian dalam diri kita.

ibubapa derhaka?

ade satu malam tu aku ade dengar satu ceramah ilmiah, semanis kurma kalau tak silap aku la...tajuk malam tu 'IBU BAPA DERHAKA'

mesti korag semua terkejut kan??ade k ibu bapa derhaka?anak derhaka ada la~tapi sebenarnya wujud je ibu bapa derhaka tapi tak mungkin lah ibu bapa kite kan!!!siapa-siapa yang rasa ibu bapa die mempunyai ciri-ciri berikut mungkin ibu bapa mereka adalah ibu bapa derhaka,terdapat 3 ciri-ciri ibu bapa derhaka,

1.suami perlu mencari isteri yang baek kerana isterinya akan mendidik anak mereka nanti.
2.ibu bapa perlu memberi namA dan maksud yg baek kepada anak-anak mereka
3.ibu bapa perlu pandai mengajar anak mereka mengaji:) 

*sayangi diri anda,sayangi anak anda,sayangi keluarga anda,jadilah ibu bapa yang baek supaya mendapat anak yang baik :)

May 9, 2010

umi!!!!

Happy Mother's Day UMI
i love and miss you sooo muchhh  

sorry for everything,lepas ni jan akan kurangkan melawan dan dengar cakap umi..
sebab apa yang umi dah buat selama ni adalah untuk kebaikan jan dan i'm so glad that you are my mom!!!i love you:)



Mar 26, 2010

kuasa Allah S.W.T

Dari janin menjadi bayi..

picture 1
picture 2
picture 3
picture 4
picture 5


kanak-kanak

pagi tadi dlm komuter otw nk ke kl sentral train berhenti di stesen salak selatan tibe2 aku terdengar suara riang kanak-kanak bersama cikgu mereka..aku igt mcm biasa la cikgu bawa anak murid jalan2 naek komuter tapi ble aku tgk kanak-kanak tu aku tersenyum sebab aku teringat kan cousin aku arwah amira n adk amy,atirah x silap aku nme die..sebab kanak-kanak tu jugak seperti mereka syndrome down, mereka sangat comel..de sorang budak perempuan tu siap gelak2 lagi sebab maybe die excited kot..suara die comel gile!!!pastu bley plak sakat member die nk pijak2 kasut..HAHA..pastu aku pon terjenguk-jenguk mungkin ramai lagi kanak-kanak seperti mereka di dalam train tp rupe2nye mereka bercampur de yg istimewa dan juga de yg normal seperti kte semua..so jangan la koraang memandang rendah kat mereka sebab mereka juga de persaan:))cousin aku jadi macam tu sebab demam panas..semoga rohnye dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman..al-fatihah

gambar hiasan:)

sekadar hiburan.

PENJUAL TELUR

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh , Kuala Selangor
atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau
Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.
Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan
pembeli sampai dia datang.

CUCU VS ATOK

Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan

Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi.
Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar? Besar nak
jadi apa? (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak
pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang
lain.
Atuk: Tak sama apanyerr?
Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan ?


PELAJAR PERUBATAN

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka
terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.
Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry"Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm... bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: ...pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

Mar 19, 2010

Mar 1, 2010

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD s.a.w

''...Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu…''



KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH

Feb 26, 2010

Maulidur Rasul




' Selamat Menyambut Maulidur Rasul '


p/s-marilah kte sama2 mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan juga kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w-