May 28, 2013

penjaga tol marahkan posmen!

Assalamualaikum and sobahulkhair..

Korang tau tak rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan solat kita yea. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya tapi jika bersolat

Ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya…..

Setiap kita ada malaikat malaikat yang hantar amalan solat kita pada Ilahi untuk sampaikan amalan kita ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga jika solat di awal waktu

Tolnya “free” sekatan tol tiada, tiada “jem” malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan untuk dinilaikan.

Tapi,

Jika solat di akhir waktu tol free juga.

Tapi sekatannya MasyaAllah….

Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita kenapa lewat poskan amalan kita? merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan,tetapi penjaga langit pertama tidak heran dicampakkan amalan lewat solat tadi ke bumi.

Maka,

Jatuh berderai…

Dikutip semula oleh malaikat posmen kita satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua, dilangit kedua, samalah juga.

Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi posmen kita tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat solat kita tadi jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Allah swt dilangit ketiga,

Kena basuh lagi malaikat posmen kita, Kenapa lewat hantar amalan tersebut? tiada kompromi terus dibaling amalan kita

Jatuh berderai amalan kita tak ade nilai….
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi.

 Maka,

Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak solat juga.

Maka,

Bersedialah kita menerima pembalasannya tidak di dunia di akhirat pula. Hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa.

Haishh…

Tak berbaloikan kita buat amal tapi tak sampai
Dah lah tu tak de nilai kena azab lagi nanti

Ya Allah…
Ampunkan kami…
Kerana lalai…
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang... 


p/s; Jadikan hati kami suka solat di awal waktu gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi di hari akhirat kelak.

 "Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu." (riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)

May 3, 2013

Kelas di Darwisyh Et Darwisyah


Assalamualaikum wbt semua ahli kubur;

"Tidak dicelakakan kalangan kita dalam Majlis Ilmu, Majlis Zikrullah, Majlis Selawat & Majlis Wida''



Kelas usrah di Darwisyh et Darwisyah khas untuk remaja remaja yang ingin berubah kearah kebaikan, disebabkan aku tak berapa baik maka wujudlah aku di DD ini so korang semua yang baca nih jom kita semua pergi kelas usrah di DD dan ianya percuma just infak seikhlas hati korang tiada paksaan.Semai ilmu agama seberapa banyak untuk kita kutip hasil dekat akhirat nanti sebab dekat akhirat nanti tak dapat dah nak semai sebab semua orang berebut rebut nak kutip hasil tahu tak? Wei serious aku cakap kelas dekat DD best dan korang tak rasa korang sorang sorang sebab ktorang dah macam family dan kalau korang join korang pon akan jadi one of our family. Kedatangan korang memang kami alu alukan.the more the merrier.
Selain kelas usrah terdapat juga kelas kelas lain seperti kelas membaca Al-Quran, Kelas Bahasa Arab, Kelas Bahasa Perancis;




Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yatt Hamzah dan Maria Elena dalam mempromosikan Darwisyh et Darwisyah kepada orang ramai.Benda baik apa salahnya kita kongsikan kan?




*Rasa nak menangis terharu.wuwuwuwuuwuT.T, see you thereeee:D

"So know that there is no god save Allah SWT, ask forgiveness for your sins and for the believing men and the believing women. Allah knows well your moving and your place of rest."
(Qur'an, Muhammad 47:19)


Apr 19, 2013

Lata Hammer and homemade ice cream best in Bentong.

Assalamualaikum,weehooooooo.

WOI LATA HAMMER BEST WOIIIIIII.Trip kali ini lebih santai walaupun kaki aku masih sakit, tu lah lama sangat tak exercise,padan muka kau!trip kali ini banyak drama dengan merajuk taknak perginya sebab baju SMAT hilang. Dengan kereta yang tersekat dekat tanah lembik kaler oren dengan jalan yang berliku liku untuk pergi ke lata hammer sangat tragis. Bumper kereta seret jalan boleh buat orang menangis.wuwuwu.

Trekking masuk dalam tak susah sangat nak dibandingkan dengan GBB yang macam HaromJ penat nak menangis tuh. Kami pergi pagi sabtu dan pulang pada petang ahad. Pagi tak pagi lah sebab pagi pagi dah ada drama dari Diva SMAT*kalaudiabacamatiaku* kau nak tahu drama apa?!Baju SMAT hilang terus emo taknak pergi camping walaupun bag dah siap pack.sebab baju hilang!baju hilangggg!!baju hilangggggggg!!!!sangat ridiculous tapi kami penyabar,kami layan je kerenah beliau, harap beliau tidak berperangai sebegitu lagi pada masa akan datang.kahkah.

 
 Diva masih mencari baju.

Sementara menunggu Ateng.Ekin siap buat oppa gangnam style lagi.

So bertolak lewat sikit, lepas menempuh jalan yang tragis lagi menyedihkan itu sampailah kami di tempat parking kereta. Time nak dekat sampai parking tiba tiba kereta Fiona yang dipandu oleh Lubis tersekat dekat tanah oren, hokey drama start balik, semua keluar kereta dan menggunakan kekuatan fizikal dan mental nak bagi kereta bergerak semula, kalau tengok gambar sangat gagah tapi kalau the real situation tak gagah sangat pongg.

 Terkeluar semua muscle muscle.


Sampai sampai snap gambar. Redah sungai. Bahagi kumpulan idea Pakwad sangat tak boleh pakai ehh jap boleh lah pakai tapi 30% je lagi 70% boleh simpan, mungkin sebab tak pernah dan selalu dimanjakan.Auww. Sampai sampai dekat campsite tengok dah ada orang so terpaksa lah kami amik campsite atas, tak best sangat sebab nak amik air malam malam susah.kalau dapat dekat bawah tuh fulamak mesti best ala ala macam tepi pantai uolss.

Pembahagian group dan perlantikan calon.

Turun bukit.redah sungai.mula berjalan

Kemon bebeh.

Amir muntah hanya lakonan memandangkan dia raja muntah, tapi kali ini ajaib sebab dia tak muntah.Woww!

Jeles dengan campsite bawah.Ekin selaku model walaupun didalam hutan.

Pacak khemah.masak masak. mandi mandi. malam bbq lepas tuh diorang sambung mandi tengah tengah malam aku dengan ekin tidur dekat dapur.siap berdengkur. tak kira dah kiri kanan.tunggul kayu bawah badan ke bawah kepala ke tetap nyenyak. Bangun pagi konon konon nak buat kerja lah, baru nak rajin sikit aku dengan ekin turun bawah nak cuci pinggan ambil air dan masak air tapi malangnya periuk hanyut dibawa arus,ok lepas nih duduk goyang kaki je takut banyak lagi benda hanyut.cisss!!!

 Ekin time masak pon nak bertumbuk.haishh,.

Lepas masak.makan.mandi.ohyeahh!

BBQ pada malam hari sangat common,sila buat benda lain, lain kali.okey!

Lepas breakfast, hisap rokok.basuh pinggan dan ohyeahh bebeh tak sabar nak mandi sungai*masihmoodlatahammer*. Tengah tengah mandi tiba tiba dari mana ntah Najib kot dapat idea naik tilam air buat macam ala ala water rafting. Hidup!Hidup!Hidup Najib.heh?hamboiii bukan main seronok aku tengok memasing.sampai sakit bontot terlebih lajak. Dah puas buat ala ala water rafting pergi plak main tali tarzan dengan macam macam aksi sampai tilam air pecah disebabkan Anuar, baru senyap sekejap.tulang bontot tajam sangat kot sampai pecah tilam tuh. Mesti mamat mamat yang dekat campsite tepi tuh stress sampai bernanah berdarah telinga. Amir, Lubis dan Fiona masih dalam mood memancing dapat lah 2 3 ekor ikan kecik tapi setahu aku situ lubuk ikan kelah.mungkin ikan kelah dah biasa kot dengan tactic pemancing pemancing semua nih.Bila Lubis dapat ikan semua macam "Wahh tangkap gambar.tangkap gambar.".Lepas tuh Amir pulak dapat ikan tapi diorang semua dapat anak ikan, Najib siap buat aksi masuk ikan hidup hidup dalam mulut diikuti dengan Sarai dan Joe pon teringin walaupun geli geli.

 Ala ala water rafting.Auww.

Look at the picture and U will know how fun we had!:D

Ikan geli geli,diorang gila!

Lepas puas mandi terus naik makan,nasib baik ada Najib yang rajin masakkan lunch untuk ktorg time ktorang tengah syok mandi,*kipaslebihsikit* kalau tak mesti memasing kebulur. Ateng pon rajin juga.kalau tak selama nih dia tidur je tapi kali nih nampak lah dia potong sayur.puiii.tapi tapi tapi kannnn aku tak puas hati betul time nak balik ktorang gerak dulu dari budak campsite bawah tapi macamana diorang semua boleh sampai dulu tanpa memintas ktorang.aku syak mesti ada jalan lagi pintas lagi pantas dari itu.kena riki jalan lain lah macam nih, yang tak boleh blah diorang dah siap tukar baju bersih time ktorang baru sampai.hampehhh betul.jeles gilaa aku sebab tak tau jalan pintas mana yang diorang ikut.Ini semua salah geng SMAT yang pergi riki jalan masa hari tuh tak riki jalan shortcut.Okay kesalahan boleh letak dekat Najib.Pak wad.Anuar and Amir.Kbai.

 Kau Hado?

Tapi Juna ada gambar macam nih,macam pendeta dekat India tengah bertapa.Ini jelah gambar juna paling cool.


Eh jap lepas keluar hutan Najib dah menjanjikan nak bawa kami makan homemade ice cream best in Bentong maaa. Nasib baik janji ditepati kalau janji dicapati memang ktorg capati kan Najib tuh, nasib baik dapat dan sedap.paling sedap chocolate and bananananana. Ok itu saja, babaiii.cerita dah habis.pergi sendiri dan rasakan nikmatnya. Naikmat apa?nikmat mandi sungai dekat lata hammer dan nikmat makan ice cream lahhhhh.ICE CREAM PALING TERBAIK.

 Bananananan and peanut.ohyeahh!

"In all things of nature, there is something of the marvelous. Go and feel it"


Mar 19, 2013

Darwisyh et Darwisyah

Assalamualaikum Ya Ahli Syurga,

Korang tahu tak yang umat Islam akan masuk Syurga tapi sekiranya masuk neraka dulu anda akan dapat satu tanda dekat dahi yang anda sebelum nih adalah ahli neraka sedangkan ahli lain yang memang ada di syurga tidak ada tanda.MasyaAllah malunyaa nanti.takkan korang taknak jadi orang yang pertama jumpa Allah S.W.T?takkan korang nak jadi orang yang terakhir?Takkan korang nak ada cop dekat dahi?Gila tak best wei.Aku pon taknak tapi manusia mudah alpa.arghhhh.

Sebenarnya macam nih baru baru nih aku ada join usrah dekat Genting Klang under Darwisyh et Darwisyah mula mula nak masuk tuh bukan main segan ekin suruh aku, aku pulak suruh dia. Dah masuk duduk bukan main behave lagi.bersimpuh uolss sebab aku tengok semua duduk bersimpuh tapi disebabkan aku yang tak boleh duduk diam sekejap bersila.sekejap bersimpuh ke kanan kejap bersimpuh ke kiri.Ahhh malunya,kami yang gila gila nak masuk dalam usrah yang dah lama aku tak join.last time belajar dulu.sangat awkward tapi bila dengar ustaz tuh bercakap aku suka.walaupun 2 jam aku rasa macam sekejap.sebab cara ustaz tu sampaikan sangat mudah nak masuk dan faham.Aku suka lagi!
 Kelas adalah percuma,setiap rabu dan khamis pada pukul 8.30 malam.Ini adalah salah sorang ustaz yang terlibat.

Tahu tak sekiranya kita tinggalkan perbincangan ilmu nih dalam masa 3 hari hati kita akan gelap.Arghh menyesal.tapi tak semestinya kau kena pergi join usrah dekat masjid atau surau, dekat mana mana pon boleh.kau lepak kedai mamak sembang pasal ilmu pon dah kira usrah lah.Hati kita nih berbolak balik sebab itu kita perlukan semua nih.benda nih tak berat cuma nak dengan taknak je.semua terletak dekat tangan kau.

Macamana nak jaga hati?Korang boleh dengar lagu opick.sambil baca apa aku tulis baru tak bosan ye dak.Aku tahu korang malas.sini lah aku bagitau;
  • Baca Al-Quran dan maknanya
  • Dirikan solat malam
  • Berkumpul dengan orang yang soleh dan majlis ilmu
  • Banyak kan berpuasa
  • Banyakkan berzikir
Tiada alasan langsung untuk kau tidak solat walaupun kau berada dekat mana sekalipun.sekiranya kau berada dalam kapal terbang kau kena solat untuk kau menghormati waktu solat dan lepas mendarat kau ulang lah balik solat kau tadi.Islam mudah.kalau kau sesat pulak atau ada dekat mana yang kau sendiri tak pasti dan tiada bekalan makanan kau boleh makan apa saja walaupun haram tapi jangan kau makan sampai kenyang lepas tuh tidur.sekadar alas perut.

Ha lagi satu kau ada tak dengar satu cerita kisah "Imam Hambali dan tukang roti"? Kisah dia macam nih Imam Hambali berhasrat untuk beristirehat di masjid tetapi pihak masjid tidak mebenarkan beliau berehat disitu jadi Imam Hambali pon meneruskan perjalan dan masih mencari tempat untuk beristirehat dan beliau ternampak satu cahaya dari jauh dan beliau pon pergi kearah itu dan ternampak seorang tukang roti,Beliau dihidangkan roti dan tukang roti itu masih sibuk mengadun roti sambil berzikir.

Imam Hambali ; Apakah kau tidak letih bekerja sambil berzikir?
Tukang roti      ; Tidak
Imam Hambali ; Sudah berapa lama kamu melakukan perkara ini dan mengapa?
Tukang roti      ; Sudah lebih kurang 10 tahun, saya melakukan ini kerana Allah S.W.T selalu mengabulkan semua permintaan saya tanpa perlu berdoa cuma satu saja yang Allah S.W.T belum kabulkan lagi.                              
Imam Hambali ; Apakah itu?
Tukang roti      ; Saya ingin bertemu dengan Imam Hambali
Imam Hambali ; MasyaAllah dengan zikir kau aku sampai kesini.Aku lah Imam Hambali

MasyaAllah.SubahanaAllah tanpa berdoa dan hanya berzikir Allah dah kabulkan permintaannya.


Sesungguhnya Allah Maha pemalu dan pemurah. Dia malu bila seorang lelaki mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikannya dalam keadaan kosong dan hampa.”  

 (Shahih, HR. Abu Dawud no. 1488 dan At-Tirmidzi no. 3556 dan beliau mengatakan hasan gharib. Dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Dawud dan At-Tirmidzi)


p/s: Banyakkan berzikir dan mengucap supaya mati nanti kita tidak tergagap gagap.kalau practice selalu InsyaAllah lancar.practice make perfect. At least!*remindertomyself


"Don't worry if your heart hurts today.Hearts change everyday and He is the turner of hearts"



Mar 14, 2013

Emma maembong.

Assalamualaikum ahli syurga!

Emma maembong takde kena mengena tapi dia cantik.

Tegur.Dosa

Bila aku tegur tak bermakna aku tak buat dosa.

Bila aku tegur tak bermakna aku baik. 

Bila aku tegur tak bermakna aku tak pernah buat apa yang kau tengah buat.

Bila aku tegur tak bermakna aku tegur kau seorang tapi aku tegur aku sekali. 

Bila aku tegur tak bermakna aku bla bla bla.

BOSANKAN?

Aku harap bila aku tegur bukan aku nak kau jadi sempurna sebab aku pun bukan sempurna.

Aku mudah alpa dan juga engkau.

jadi,

Apa salahnya aku ingatkan kau sambil ingatkan diri aku.

Tell me and I forget. Teach me and I remember. Involve me and I learn.


p/s;Aku ada tahu satu tempat untuk kau dan aku belajar ilmu agama.sila tekan link ini darwisy et darwisyah. 
harap membantu.

Feb 27, 2013

Fatih Seferagic siapa tak kenal?

Aku baru kenal dia dan dia tak kenal aku lagi,mungkin satu hari nanti aku nak pergi AS atau dia datang KL.nak jumpa dia nak berkenalan dengan dia.Auww.hahaha.Amboii bukan main kau kan.

Selalu pagi pagi aku masuk office buka facebook.buka youtube cari lagu best dan aku akan buat kerja.tapi tadi aku tengah scroll aku punya facebook aku terjumpa ini.


Justin bibir aku dah selalu tengok dulu dulu sekarang nih siapa pulak yang dekat sebelah tuh.Biasa lah lumrah manusia suka tengok benda yang cantik.handsome.sedap mata memandang so aku pun buka lah sekali aku nampak ini.

"Seorang Al-Hafiz muda berbangsa Bosnia, dilahirkan di Jerman, dan menetap di Texas, USA. Fatih merupakan seorang guru Al-Quran di sana. Dan dia baru berumur 17 tahun!

Dialah pemuda itu. Hafiz Qur’an, bersuara indah.MASYALLAH.Tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukan menjadi alasan baginya untuk tidak menghafal Al-Quran.Pada usia 4 tahun,dia berpindah ke AS, tinggal di Arizona selama 3-4 tahun sebelum menetap di Baltimore, Maryland selama 7 tahun dimana dia mula menghafal Al-Quran.

Dia mula menghafal Al-Quran pada usia 9 tahun dan menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam 3 tahun dan telah menjadi hafiz pada usia 12 tahun! Dia melatih hafalannya itu di bawah bimbingan Syekh Qari Zahid dan Qari Abid. Sekarang sambil sekolah, dia juga mengajar Al Quran dan menjadi ketua remaja masjid Sheikh Yasir Birjas di Dallas, Texas.

Dengarkan bacaan beliau semasa menjadi imam solat Terawih dan dengarkan lagu nasyid Ghuraba yang dialunkan olehnya, sungguh merdu"


SUBHANALLAH...

Sekarang aku jarang dengar lagu sebab aku layan Fatih nih lebih sikit dari lagu :)


Aku terfikir teruknya aku.


Macam mana dengan solat aku?kadang kadang buat subuh gajah.

Aurat pon kadang tutup kadang terdedah.

AKU TAKNAK SEMUA TUH.

Sempat ke aku nak taubat nasuha?

Selalu ingat nak taubat lepas kahwin.sempat ke?Jahilnya aku.

Banyak sangat dosa aku

Aku harap Allah ampunkan dosa aku walau aku banyak lukakan Dia.

Aku hanya manusia yang leka.

Manusia yang mudah lupa.

Manusia yang asyik dengan dunia.

p/s;Tolong ingatkan aku bila aku buat salah dan tolong tarik aku untuk pergi jalan yang lurus sebab aku tau banyak dosa aku pada Tuhan aku. Jangan cakap belakang aku apa kesalahan aku tapi cakap lah depan aku dengan cara yang elok dan bantu aku untuk keluar dari kesalahan aku.Tolong ajak aku borak bantal dengan kau orang wahai kaum perempuan*harap korang faham


"My dear Allah S.W.T,
When I lose hope please remind me that Your love is greater than my disappointments & Your plans for my life are better than my dreams"

Feb 19, 2013

Birthday Ateng & Bukit Gasing,PJ.

Assalamualaikum everyone.

Last weekend dengan niat untuk ke Ikea aku terpaksa cancel untuk makan free sempena birthday Ateng, Dia paling diva dalam SMAT walaupun sepatutnya gelaran itu untuk kami kaum perempuan tapi kami tak mampu nak challenge keDIVAan dia so kami rela je lah.

Aku malas nak taip banyak sebab kalau korang tengok video yang aku akan show off mesti macam 'Ya Allah apa nak jadi dengan diorang semua nih' rumah terus jadi macam tongkang pecah. Dalam rumah main simbah air.tepung.telur.cake.Apa nak jadi?haih.eh jap bukan air paip biasa tapi air gas*gelengkepala

Tukang sponsor cake BR adalah Sham si badan katang. aku harap birthday aku nanti dia rela meng'sponsor' pavlova cake untuk aku juga. Eh kalau Pavlova lagi aku suka.kehkehk.Tukang sponsor KFC aswad&juna.sponsor air amir&anuar.domino's disponsor oleh nonoi selaku teman tapi mesra beliau.harap dia tak jumpa blog aku. dan kami yang lain sponsor suara untuk memeriahkan keadaan dan juga perut.



After all the mess rumah terus berkilat dengan aktiviti mengemop.

The next day setelah badan penuh kalori marilah kita buang dia.takkan nak biar terperap dalam badan tak elok ok nanti gemuks macam aku selalu kena ejek.pasrah je lah.Kalau kau kau semua tak pernah naik Bukit Tabur,Taman Melawati better naik Bukit Gasing,PJ dulu sebab ini tak seletih naik Bukit Tabur. kutip stamina banyak banyak dulu tapi wa cakap sama lu view bukit tabur lagi mengancam dari bukit gasing.

Bukit Gasing nih antara hutan simpan yang ada dekat Petaling Jaya dan masih lagi tidak tercemar.hirup udara segar.cuci mata dengan pokok hijau.lalu hanging bridge pendek.naik menara tinjau.aktiviti sihat untuk hujung minggu dan sesiapa yang ada anak boleh bawa sebab aku nampak ramai juga makcik pakcik bawa anak mereka.

Dalam hutan kami buat Harlem Shake hokey pasrah je lah kalau ada orang lalu nanti sebab nak tunaikan permintaan mat redo.new phenomena after Gangnam Style.Gangnam Style dah tak syle sebab Harlem Shake lagi style. lepas tuh marilah kita mengstylekan diri dengan buat Harlem Shake dekat dalam hutan.Nahh video bagi korang tengok.

 Mat redo show us Harlem Shake video dengan harapan ktorang akan buat.


We do the crazy things in the forest. 'Harlem Shake'

Lepas dah buat video jalan jalan jumpa seorang auntie chinese umur around 66 maybe.sorry. I can't remember but this aunt have a great stamina.memang cool.lepas habis jalan kelar hutan jumpa lagi auntie nih.lepak pondok jumpa auntie nih lagi.curious nih auntie ataupun tettt.heheh.siap bagi advice sembang sembang sambil air liur semua meleleh tengok auntie makan dragon fruit.nyumm.teringin nak pergi Endau Rompin pulak sebab auntie tuh cakap best.tapi auntie nih forever alone so dia habiskan masa dengan outdoor activities .Lepas sembang kami beransur pulang auntie tuh lepak lagi makan dragon fruit. Bila dalam kereta atas jalan nak masuk LDP aku pusing aku nampak auntie tuh tengah drive pakai earphone.sunglasses sambil bawa suzuki vitara.SERIOUS!kebetulan mungkin.

Let picture speak;


Entrance Bukit Gasing.

 Menara tinjau

 See! I told u rite. DIVA!

 SMAT next top diva.

 
 Hanging Bridge

"I see my path,but I don’t know where it leads.Not knowing where I’m going is what inspires me to travel."

Feb 13, 2013

Tipah tertipu dengan Bvalgarigirl

Hai korang,

Ada gosip sikit nih.meh meh baca.ishh teruknya perangai aku dekat blog pon nak bergosip.Ramai yang tengah cakap pasal benda nih dan ramai yang rasa tertipu dengan Arianna tuan punya blog bvalgarigirl. Aku suka baca blog dia dan rata rata pon banyak yang aku baca memang suka baca blog dia sebab ala ala fairytale giteww.macam dalam cerita novel tapi kalau boleh have fun apa salahnya kan.Dan sekarang dia dah privatekan blog dia dan delete beberapa blog lain yang dia ada.Aku rasa kesian plak dekat dia.mesti sekarang dia rasa serba salah dan takut nak cerita benda sebenar. Bagi aku apa kata 'Arianna' just minta maaf dekat semua orang dan settlekan ending yang ramai ternanti nanti kan sebab kita pon tak tau situasi sebenar dia tapi bak kata pepatah berani kerana benar,takut kerana salah.Alaa takde benda lah.diorang saja je kecoh kecohkan benda nih.tak kesah lah Arianna nih perempuan muda atau makcik bambam just settle ur story about Kevin.Clara or Lily and Eddie.Kalau nih cerita betul bagus lah dan kalau nih cerita rekaan yang kami semua dah kena tipu, aku anggap nih macam baca novel je lah.

Go "Arianna"!!

Feb 6, 2013

Sirah Rasulullah s.a.w

Hai.Assalamualaikum.Salam Maulidur Rasul.Salam 1 Malaysia.heh?

Sebenarnya aku nak cerita kisah Nabi Muhammad s.a.w, selalu orang akan cerita time maulidur rasul tapi ada aku kesah.aku nak cerita juga.mungkin agak panjang tapi korang jangan lah skip skip baca atau pon pandang sekali imbas.majalah mangga boleh baca sampai habis takkan kisah nabi Muhaamad s.a.w tak boleh baca sampai habis.melampau.pukul nak?

"Tentang kelahiran Nabi Muhammad dan 40 tahun sebelum kenabian".

Nabi Muhammad SAW lahir di kota Mekah pada hari Isnin, tarikh 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah (dinamakan tahun Gajah kerana pada saat itu pasukan bergajah yang dipimpin oleh Gabenor Yaman Abrahah ingin menghancurkan Kaabah. Kemudian pasukan itu binasa seperti daun yang dimakan ulat . Surah Al-Fil), bertepatan dengan 570 M.

Sebahagian besar penduduk Makkah menyemba berhala). Ayah beliau bernama Abdullah bin Abdul Muthalib, dan ibu beliau bernama Aminah binti Wahab. Abdullah bin Abdul Muthalib wafat ketika Rasulullah masih berada dalam kandungan. (Sebelum kelahiran Nabi Muhammad, masyarakat hidup pada zaman Jahiliyah iaitu zaman kebodohan.   Sebahagian besar penduduk Makkah menyembah berhala)

Orang pertama yang menyusui beliau setelah ibunya adalah Tsuaibah. Kemudian beliau disusukan kepada Halimah binti Dzu'aib As-Sa'diyah hingga berumur 2 tahun, dan beliau diasuh Halimah selama 4 tahun.

Pada usia 6 tahun, nabi Muhammad SAW, dibawa oleh ibunya berziarah ke makam ayahnya di Yatsrib. Namun ketika sampai di Abwa ', ibunya meninggal dan dimakamkan di Abwa'. Dalam perjalanan tersebut ikut juga pengasuh beliau yang bernama Ummu Aiman.   Kemudian Rasulullah diasuh datuknya, selama dua tahun.

Saat beliau berumur 8 tahun, datuknya meninggal dunia dan beliau di asuh oleh bapa saudaranya Abu Talib. Pada usia 12 tahun, Rasulullah di bawa berniaga oleh Abu Talib bersama kafilah dagang ke negeri Syam. Ketika   tiba di Basrah, beliau bertemu dengan pendeta Nasrani yang bernama Bahira (Bukhira) yang mengatakan kepada Abu Talib bahawa kemanakannya mempunyai tanda-tanda kenabian dan menyarankan agar Rasulullah dibawa kembali pulang agar tidak dicelakai orang Rom dan Yahudi.

Pada tahun ke-14 dari kelahirannya, Rasulullah ikut dalam perang Fijar yang terjadi pada suatu tempat di antara Nakhlah dan Thaif, antara kabilah Quraisy dan sekutunya Bani Kinanah melawan Kabilah Qais 'Ailan. Dalam hal ini Rasulullah ikut membantu bapa saudara-bapa saudaranya menyediakan anak panah.

Pada Usia 25 tahun Rasulullah dipercaya membawa barang perniagaan milik Khadijah binti Khuwailid untuk diperdagangkan ke negeri Syam.   Kemudian Rasulullah berkahwin dengan Khadijah.   

Putra-putri beliau dari perkahwinan dengan Khadijah adalah: Al-Qasim, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum, Fathimah, dan Abdullah. Semua putra beliau meninggal ketika masih kanak-kanak, sedangkan putri beliau semua hidup pada masa Islam, namum meninggal semasa beliau masih hidup, kecuali Fatimah yang meninggal dunia enam bulan selepas beliau wafat.

Ketika Rasulullah berusia 35 tahun, kabilah Quraisy membina semula Kaabah yang rosak akibat banjir. Tatkala pengerjaan sampai kepada peletakan Hajar Aswad, berlaku perselisihan tentang siapa yang paling berhak meletakkan kembali Hajar Aswad ke tempat semula.Untunglah ada seorang yang bijaksana iaitu Ummayah bin Mughirah dari bani Makzum. Atas usul Ummayah, mereka sepakat siapa yang paling pertama masuk melalui pintu Safa, ialah yang menjadi pemutus perkara tersebut.  

Atas Kehendak Allah SWT, Rasulullah yang pertama memasuki pintu tersebut, dengan gembira mereka menyeru Al Amin (orang yang boleh dipercayai). Rasulullah membentangkan sehelai kain dan meletakkan Hajar Aswad di tengahnya, lalu meminta agar semua kepala kabilah memegang hujung selendang t dan mengangkatnya sampai ke tempat.

"Dibawah naugan kenabian"
Ketika usia Rasulullah mendekati 40 tahun beliau sering beruzlah (mengasingkan diri untuk memohon petunjuk kepada Allah SWT) di Gua Hira yang terletak di Jabal Nur.

Tatkala usia beliau genap 40 tahun diangkat menjadi rasul dengan turunnya wahyu pertama surah Al-Alaq ayat 1-5 yang disampaikan oleh malaikat Jibril. Rasulullah gementar dan pulang menemui isterinya Khadijah dan berkata "Selimuti aku, selimuti aku".   Kemudian Khadijah membawa Rasulullah kepada bapa saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal dan Waraqah menyatakan yang datang kepada Rasulullah adalah malaikat Jibril.

  a. Dakwah secara sembunyi-sembunyi (dakwah Sirriyyah)
     
Dakwah secara sembunyi-sembunyi berlangsung selama 3 tahun. Pada dakwah permulaan itu empat orang yang dekat dengan Rasulullah menyatakan keislamanya, mereka disebut sebagai as-saabiquun al-awwalluun (orang yang pertama masuk Islam). Mereka terdiri dari: Khadijah (isteri beliau), Abu Bakar As-Siddiq (sahabat beliau), Ali bin Abi Talib (anak saudara beliau), dan Zaid bin Harithah (bekas budak beliau).

  b. Dakwah secara terang-terangan (dakwah jahriyyah)
 
Dakwah secara terbuka dilakukan Rasulullah setelah mendapat perintah Allah SWT (Surah Al-Hijr ayat 94). Dakwah pertama secara terang-terangan dilakukan di bukit Safa berhampiran Kaabah dan mendapat cemuhan dari sebahagian besar kaum Quraisy terutama bapa saudaranya sendiri Abu Lahab (Surah Al-Lahab).

Reaksi kaum Quraisy atas dakwah Rasulullah s.a.w
Pelbagai penindasan dilakukan kepada kaum muslimin, antara lain:
- Uthman bin Affan digulung oleh bapa saudaranya dalam tikar kurma dan diasapi dari bawah.
 
- Bilal, budak milik Umayyah bin Khalaf al-Jumahiy, lehernya dililit tali dan diseret, ditindih dengan batu besar dan diletakkan di terik matahari lalu dibebaskan oleh Abu Bakar.

Pada Tahun kelima kenabian, Rasulullah memerintahkan kaum muslimin berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) untuk mengelakkan penyeksaan kaum musyrikin. Raja Habsyah pada waktu itu adalah Ashhimah an-Najasyiy.

Kekejaman kafir Quraisy semakin menjadi-jadi. Pada tahun ke tujuh kenabian, kaum muslimin dan seluruh Bani Hasyim dan Bani Muthalib di asingkan di lembah dibuang daerah. 
 
Kaum kafir Quraisy memboikot segala hubungan antara umat Islam dengan pihak lain, sehingga kaum muslimin menderita kelaparan. Pada tahun itu juga Rasulullah memerintahkan untuk hijrah ke Habasyah yang kedua kalinya.

"Masuk islam Hamzah dan Ummar bin Khattab"

Hamzah bin Abdul Muthalib masuk Islam pada prnghujung tahun keenam kenabian, pada bulan Zulhijjah. Sebab keislamannya, kerana penyeksaan   Abu Jahal kepada Rasulullah di bukit Safa dan disampaikan kepada Hamzah oleh budak perempuan Abdullah bin Jad'an.  

Ehwal Islam Hamzah pada mulanya sebagai pelampiasan harga diri seseorang yang tidak sudi keluarganya di hina, namun Allah membuatnya cinta terhadap Islam dan menjadikan kebanggaan kaum muslimin.
 
Tiga hari selepas Hamzah masuk Islam, Umar bin Khatab pun menyatakan keislamannya.

Tahun kesepuluh kenabian isteri Rasulullah Khadijah dan pamanya yang selalu melindungi Rasulullah dari kaum musyrikin iaitu Abu Talib meninggal dunia. Tahun ini disebut tahun Amul Huzni (tahun kesedihan).
"Dakwah diluar Bandar Makkah"
Pada tahun Ke-10 kenabian Rasulullah hijrah ke Thaif didampingi   anak angkat beliau Zaid bin Haritsah.namun dakwah beliau tidak mendapat sambutan yang baik, bahkan beliau di usir dan dilempari oleh penduduk Taif.   Rasulullah tinggal 10 hari di Taif dan kembali ke Makkah.
Tahun ke-11 kenabian    berlaku peristiwa Isra 'Mikraj (QS Al-Israa ayat 1).

Isra 'ertinya perjalanan Rasulullah pada malam hari, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Mikraj ertinya di naikkan ke langit tertinggi iaitu dari Baitul Maqdis sampai ke Sidratul Muntaha.  

Perjalanan beliau ditemani oleh malaikat Jibril dengan mengendarai Buraq. Pada peristiwa ini Rasulullah menerima perintah solat yang pada   mulanya 50 rakaat sampai akhirnya 5 rakaat sehari semalam

Dari perjalanan Isra 'Mikraj ini Rasulullah mengalami kejadian yang berbeza:
- Beliau ditawarkan susu dan arak, lalu beliau memilih susu.
 
- Beliau melihat 4 buah sungai di syurga, dua sungai nampak dan dua lagi tersembunyi.

 Yang tampak adalah sungai Nil dan sungai Eufrat.
  - Beliau melihat malaikat Malik penjaga neraka yang tidak pernah tertawa.
  - Beliau melihat para pemakan harta anak-anak yatim secara zalim yang bibir 
    mereka  seperti bibi  unta, mulut mereka dilempari sepotong api dari 
    neraka
 
- Beliau melihat pemakan riba yang perutnya buncit.
 
- Beliau melihat penzina di antara mereka kelihatan daging gemuk di tangannyadan 
  disampingnya daging bernanah dan busuk dan mereka memilih mamakan daging busuk 
  dan bernanah.

Sahabat beliau Abu Bakar membenarkan peristiwa Isra 'Mikraj manakala orang-orang mendustakannya. Pada moment ini Abu Bakar digelar   Ash-Shiddiq (orang yang selalu membenarkan nabi).
Bai'ah Aqabah pertama
Pada tahun 12 kenabian datang 12 orang dari Yathrib iaitu suku Khazraj dan suku Aus menemui Rasulullah di bukit Aqabah di Mina   dan berbai'at (berjanji) akan setia kepada Allah SWT. Peristiwa ini dikenali dengan sebutan Bai'atul Aqabah Pertama. Kemudian mereka pulang ke Yastrib dan Rasulullah SAW mengutus Mush'ab bin Umair untuk mengajarkan dan memberikan pemahaman tentang agama Islam.
Bai'ah Aqabah kedua
Pada musim haji tahun ke-13 kenabian datang lagi penduduk Yathrib dengan jumlah yang lebih besar menemui Rasulullah di Aqabah, sehingga peristiwa ini dikenali dengan Bai'atul Aqabah Kedua. Dalam pertemuan dengan Rasulullah SAW mereka meminta dengan sungguh-sungguh agar Rasulullah dan kaum muslimin hijrah ke Yatsrib. Mereka berjanji akan menolong dan melindungi seperti keluarga sendiri.
Hijrah ke Yathrib
Rasulullah menyambut baik permintaan kaum Yatsrib untuk hijrah. Beliau memerintahkan agar semua kaum muslimin hijrah ke Yatsrib. Mereka hijrah secara sembunyi-sembunyi. Setelah hampir seluruh kaum muslimin berangkat maka Rasulullah pun Hijrah ditemani Abu Bakar As-Siddiq.
 
Sekatan terhadap Kediaman Rasulullah SAW.
 
Para kafir Quraisy yang telah dilantik mengikut perjanjian parlimen Makkah "Daarun Nadwah", merancang ingin membunuh Rasulullah SAW. Mereka menunggu Rasulullah keluar tengah malam untuk melakukan solat di Masjidil Haram. Namun sekatan ini gagal. 
   
Pada malam itu Rasulullah memerintahkan kepada Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat tidurnya dan berselimut dengan burdah hijau milik Rasulullah

Sementara itu Rasulullah berjaya keluar dan menembusi sekatan Kafir Quraisy. Beliau memungut segenggam tanah lalu menaburkannya di atas kepala mereka. Ketika itu Allah telah mencabut pandangan mereka sehingga tidak melihat Rasulullah SAW lewat.

Sedangkan beliu menbaca firman Allah (Surah Yaasiin.9).
Dalam perjalanan Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi di Gua Tsur selam tiga malam.     
 
Dalam perjalanan Rasulullah sempat mendirikan sebuah masjid di Quba yang dinamakan masjid Quba. Inilah masjid yang pertama didirikan sejak kenabian.       

Saat memasuki Yatsrib beliau dan rombongan muhajirin disambut gembira oleh penduduk Yatsrib.   Sejak saat itu kota Yathrib ditukar nama menjadi Al-Madinatul Munawarah yang dikenali sampai sekarang dengan sebutan Madinah.   


Tahun Pertama di Madinah (Tahun 1 Hijrah)

 
Mengawali langkah pertama pada tahun itu Rasulullah SAW mempersaudarakan kaum Ansar dan kaum Muhajirin di rumah Anas bin Malik. Kemudian secara bergotong royong membangun Masjid Nabawi.   Tahun itu juga turun wahyu yang membenarkan kaum muslimin berperang mempertahankan akidah dan memberla agama Allah SWT.
 
 Tahun Ke-2 Hijrah (Perang Badar)
 
 Peristiwa bersejarah pada tahun ini antara lain:
- Perubahan kiblat dari arah Baitul Maqdis Palestin ke Kaabah Makkah.
- Pertama kalinya diwajibkan puasa Ramadhan.
- Disyariatkan agar umat Islam mengadakan solat Idul Fitri setelah puasa Ramadhan.
- Ditetapka mengeluarkan zakat bagi yang mampu.
- Terjadinya perang Badar Kubra.

Pada perang Badar   pasukan kaum muslimin berjumlah 313 orang. Rasulullah mengangkat Ibnu Ummi Maktum   sebagai penguasa sementara di Madinah.   Pasukan perang Badar di bagi 2 iaitu;
  1. Al-Muhajirin dipimpin oleh Ali bin Abi Talib
  2. Ansar dipimpin oleh Sa'ad bin Mu'adz.
       
Tahun Ke-3 Hijrah (Perang Uhud)-terbunuh saidina  Hamzah
                                                               
Peristiwa penting pada tahun ini adalah:
- Diharamkannya minuman khamar bagi kaum muslimin.

Peristiwa perang Uhud
  - iaitu perang antara kaum muslimin dengan kafir Quraisy yang dendam atas
    kekalahan pada perang Badar.

Pada perang ini terbunuhnya "Singa Allah", Hamzah bin Abdul Muthalib.  

Ketika tentera Islam mencapai kemenangan, terjadi kesalahan fatal dari pasukan pemanah (yang diperintahkan oleh Rasulullah tetap berada di bukit dalam situasi apapaun), mereka melihat tentera Islam sedang mengumpulkan ghanimah (harta rampasan perang) dan turun ikut mengumpulkan ghanimah.   

Khalid bin al-Walid, pasukan musuh memanfaatkan kesempatan untuk menyerbu pasukan kaum muslimin.  

Tahun ke-4 Hijrah
 
- Disyariatkannya solat khauf (solat kerana takut)
- Diturunkannya wahyu tentang tayamum apabila tidak ada air.
   
Tahun ke-5 Hijrah  (Perang Khandak)
 
- Diwajibkan haji bagi kaum muslimin yang mampu.
- Terjadi perang Khandaq (peperangan Ahzab), iaitu perang dengan taktik menggali parit
    sebagai benteng Islam di Madinah.
 
Tahun ke-6 Hijrah  (Perjanjian Hudaibiyah)
 
- Berlaku pejanjian Hudaibiyah, iaitu perjanjia antara kaum muslimin dengan kafir 
  Quraisy di desa Hudaibiyah yang isi kandungannya:
   
* Penangguhan haji bagi kaum muslimun
* Gencatan senjata selam 10 tahun antara kedua-dua belah pihak
* Kebebasan memilih kelompok yang disukai (kelompok dalam perjanjian    
   Muhammad atau dengan    pihak Quraisy).
* Siapa yang mendatangi Muhammad dari pihak Quraisy tanpa izin walinya, harus
  dikembalikan lagi, jika yang melarikan diri dari pihak Muhammad, maka tidak
   akan dikembalikan kepada beliau.

 - Terjadi Bai'atur Ridwan, iaitu sumpah setia kaum muslimin akan membela agama 
   Islam  sampai titik darah penghabisan.  
 
Tahun ke-7 Hijrah (Perang Khaibar)
 
Terjadi perang Khaibar, iaitu perang antara kaum muslimin dengan kaum kafir yang pernah menyerang Madinah ketika perang Khandaq.
 
Tahun ke-8 Hijrah  (Perang mu'tah) &  Fathul Makkah
 
- Terjadi perang Mu'tah, iaitu perang antara kaum muslimin dengan bangsa Rom yang 
   menjajah wilayah utara Semenanjung Arab. 
 

Pada perang ini 3000 pasukan muslimin melawan 200000 perajurit. Zaid bin Harithah memegang panji peperangan (syahid) dan digantikan Ja'far bin Abu Talib (syahid), digantikan Abdullah bin Rawahah (syahid), digantikan salah satu "Pedang Allah", Khalid bin Walid.
 
  -terjadinya Fathul Makkah (pembukaan Kota Makkah), iaitu peristiwa jatuhnya kota Makkah kepada kaum muslimin dan pengampunan Rasulullah SAW terhadap kaum Quraisy. Saat masuk Masjidil Haram Rasulullah menghancurkan 360 buah berhala. Waktu solat tiba Rasulullah memerintahkan Bilal untuk mengumandangkan Azan di atas Kaabah.

Tahun ke-9 Hijrah
 
- Kaum muslimin melaksanakan ibadah haji yang dipimpin oleh Abu Bakar As-Siddiq.
- Permulaan turunya surat Baraa'ah (At-Taubah) mengenai pembatalan perjanjian damai
  dengan kaum musyrikin.
- Penduduk Thaif masuk Islam.
 
Tahun ke-10 Hijrah   (Haji wada' dan khutbah terakhir)
   
- Rasulullah memimpin kaum muslimin mengerjakan ibadah haji yang kemudian disebut 
   haji Wada '(haji perpisahan).  
Ketika tiba di Arafah menjelang Zuhur, Rasulullah minta disiapkan unta beliau yang bernama Al-Qashwa dan menyampaikan khutbah yang terkini.  

Setelah Khatbah turunlah surah Al-Maidah ayat 3, ertinya: Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku redha Islam sebagai agamamu.

Tahun ke-11 Hijrah (Wafatnya Rasul tercinta)

Pada tahun ini Rasulullah wafat, di rumah isteri beliau Aisyah, waktu dhuha, Isnin 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijrah dalam usia 63 tahun di Madinah.     
 
  Isteri-isteri beliau;
  • Khadijah binti Khuwailid.
Beliau berkahwin usia 25 tahun sedang Khadijah berusia 40 tahun. 
  • Saudah binti Zam'ah
dinikahi Rasulullah tahun 10 kenabian. 
  • 'Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq.
Dinikahi Rasulullah bulan Syawal tahun 11 kenabian. Aisyah berumur 6 tahun, dan digauli saat usia 9 tahun. 
  • Hafsah binti Umar bin al-Khattab
Dinikahi pada tahunke-3 Hijrah 
  • Zainab binti Khuzaimah
Dijuluki Ummu Masakin (ibunya orang-orang miskin), kerana kemurahan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin.Rasulullah menikahinya tahun ke 4 Hijrah. 
  • Ummu Salamah Hindun binti Abu Ummayah
Dinikahi Rasulullah tahun ke-4 Hijrah 
  • Zainab binti Jahsy bin Rayyab.
Beliau sebelumnya dinikahi oleh Zaid bin Haritshah (anak angkat rasulullah). Pernikahan ini terdapat dalam   firman Allah surah Al-Ahzab ayat 3 
  • Juwairiyah binti Al-Harits
Dinikahi pada tahun ke-6 Hijrah.
  • Ummuh Habibah Ramlah binti Abu Sufyan.
Dinikahi bulan Muharram tahun ke-7 Hijrah
  • Shafiyah binti Huyay bin Akhthab.
Beliau tawanan dalam perang Khaibar. Rasulullah menikahinya tahun ke-7 Hijrah.
  •   Maimunah binti Al-Harith.
Dinikahi Rasulullah bulan Zulkaedah tahun ke-7 Hijrah.
 
   
Rujukan:
 
  1. Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury, Perjalanan Rasulullah yang Agung, Muhammad dari     Kelahiran hingga Detik-Detik Terakhir, Serial Arahan Darul Haq, Jumadil Ula 1427H.
  2. Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury, Sirah Nabawiyah, Pustaka Al-Kautsar.
  3. Pasukan Bina Karya Guru, Bina Sejarah Kebudayaan Islam, Erlangga, Kelas III, IV, dan V.