Jan 14, 2013

SF Beauty

Assalamualaikum gadis =)

Boleh tak bagi aku gelak kejap?kahkahkahkahkahkahk,aku rasa macam kelakar je nak cerita tentang kecantikan semua nih sebab aku sendiri tak mementingkan kecantikan.tak suka makeup,tak reti pakai eyeshadow,aku tak pernah ada makeup remover,aku tak pernah ada mascara sebab aku tak reti nak guna.ok aku cerita satu rahsia aku pernah guna lipstik jadikan eyeshadow sebab aku tengok orang pakai cantik tapi tengok cermin macam haramJ so aku tak pakai dah.

Sebelum nih aku pernah update pasal felinna inchloss dan felinna vitamin C, tuh pon aku rasa macam 'eh apa kene dengan aku nih?sejak bila aku dah terjebak dengan dunia dunia kecantikan dalaman dan luaran nih?arghhhhhh!' aku sendiri tak boleh terima apa ntah lagi kawan kawan aku.tapi bila diorang tengok perubahan aku diorang dah boleh accept,tuh baru beberapa kerat.budak lelaki tak jumpa lagi kalau jumpa confirm aku kena up je.puiii.

Sekarang aku nak cerita pasal SF Beauty pulak,so korang jangan nak gelak kan aku okey.aku share dengan korang sebab aku pakai berkesan.kalau tak berkesan aku pon taknak share buat kena marah je.tak sanggup jijah nak hadapi semua tomahan orang nanti.kesian jijah tauuu.hikhikhik.

Ok Sf Beauty nih ada 2 jenis.1 untuk kulit yang sensitif dan berjerawat korang boleh guna set vit C dan 1 lagi untuk kulit normal yang berjeragat dan tak sekata korang boleh guna set vit E.Aku yang kedua letteww,kulit aku dulu tak sekata dan kusam.sangat sedih bila orang cakap'eh ummu ko nih sakit eh?muka tak bermaya je' *balik rumah larilari nangis.hukhukhuk

"Dari pendapat aku sejak aku pakai produk nih nak dekat sebulan aku rasa kulit aku lagi cerahsekata,jeragat berkurang, muka tak berminyak sangat dan aku puas hati.kihkihkih.Dulu disebabkan aku gelap anuar siap belikan aku bedak sejuk sebab nak suruh aku cerah.kahkahkah.kelakar je rasa tapi sekarang aku suka berlagak dekat depan dia yang aku dah putih sikit dari dulu.takde lah putih macam snow white.menangis neelopa nanti.*sorry peminat lopa"

Ok dekat sini aku nak bagi tips untuk korang*bajet cantik sangat siap nak bagi tips*  

 TIPS PENTING Bagi Pengguna Baru SF Beauty

1) Pilih Set Yg Betul 
Kulit Normal & jeragat sila la guna kn Set Vit E.
Kulit Jerawat dan Sensitip sila la guna Set Vit C.
Kulit bermasalah spt jerawat bernanah, gatal2 kurap di muka, atas kelopak mata dan alah kpd kosmetik, sila la dpt kan rawatan doctor.

2) Kekerapan bersabun.
Jgn terlalu kerap menggunakan sabun kerana ia akan mengaktifkan sel2 kulit menghasilkan minyak. Minyak yg byk akan mengundang masalah jerawat. Cukup sekadar mencuci muka 2-3x sehari je. (Sbb tu sy pakai sabun leh jimat 3 bulan.hihi.aku belah 4.senang.tak membazir)

3) Larangan mencapur2 bahan kosmetik brand lain.
Untuk kesan yg sempurna, elakkan mencapur adukkan penggunaan Sf Beauty dgn produk penjagaan kulit yg lain. Contoh: Toner brand A, Scrub brand B, Pencuci muka brand C, Krim Siang brand D, tiba2 krim malam brand Sf Beauty.. hehe..masalah muka tak selesai jika anda amalkan ini..:).

4) Elakkan penggunaan Bedak Padat, Foundation,Concealer.
2 minggu pertama penggunaan SF Beauty, elakkan menyapu bedak padat, foundation, concealer dan segala2.bebaskan diri anda dari make up. Yg perlu cuma pakai krim siang ja. Bg yg xbiasa muka berkilat, Cuma sapukan nipis2 bedak baby. Ingat, sapu nipis ja tau.. Bila kesan-kesan awal penggunaan SF Beauty dah berlalu, baru lah boleh menggunaan Bedak Padat. tapi selalunya, customer akan ckp dh xperlu pakai bedak sbb kulit muka dh gebu. xda benda nk cover dh.hehe.best kan :) Jimat duit, jimat masa.

5) Penggunaan Toner.
Bagi yang dah biasa dengan rutin menggunakan toner, sila tipu otak anda dengan meletakkan air mineral didalam bekas spray...Setiap kali mahu menggunakan krim siang/mlm, spray sedikit air mineral pada kapas dan sapu pada muka. Ia akan membantu sapuan lebih rata pada kulit. Mengapa sy mengajar anda untuk menipu otak sndri? Ini kerana, SF beauty tidak mempunyai toner dan tidak memerlukan toner. Bahan yang terkandung didalam Sabun, Krim Malam dan Siang sudah memadai untuk memperbaiki tekstur kulit anda.

6) Tempoh pemulihan kulit.
Bagi tempoh sekurang-kurang nya 2 minggu sehingga sebulan bagi kulit menjalani proses pemulihan. Kesan gatal-gatal, tegang, penggelupasan halus adalah normal di awal penggunaan SF Beauty. Ia biasanya berkurangan selepas 2 minggu. Jika dalam sebulan kesan gatal-gatal, tegang dan menggelupas x hilang, itu bermakna kulit anda adalah kulit sensitive dan perlu beralih pada sabun Vit C. (Ini mmg pengalaman sy sendiri.Sebulan sy gatal-gatal dan menggelupas halus, tapi bila tukar ke sabun sensitive, dlm 3 hari terus hilang gatal-gatal, menggelupas halus tu).

7) Alamak dah tersalah beli sabun, budget tak ada..mcm mana ni?
Bagi individu yg dah tersedar diri nya memerlukan sabun Vit C, tetapi tidak mempunyai budget menukar sabun Vit E ke Vit C, boleh cuba buat begini.. Guna kn sabun Vit E yg telah anda terbeli tu, tetapi semasa membasuh muka jgn biarkan buih lama2 diatas muka. cukup hanya dengan meratakan buih di sekitar muka sahaja. Tak perlu sental beriya-iya. Dah ada budget, boleh beli sabun Vit C.

*Ok korang nampak kan cara penulisan sama sekali lain macam aku tulis, sebab semua nih aku copy paste dari penjual yang aku beli dekat dia.dia yang bagi so aku taknak tukar takut aku salah sampai kan so aku bagi korang baca bulat bulat macam dia bagi aku baca.Kalau korang was was lagi korang boleh whatsapp aku di 0176319717 ataupun email aku atau kalau korang suka contact melalui fb silalah ke fb aku.

Dia dulu officemate aku^^

 Set Vit E
*untuk pengguna seperti aku,jeragat.kulit tak sekata.

 Set Vit C
*untuk kulit berjerawat dan sensitif

Okey bai uols,selamat menjadi cerah*bajet lah aku nih


No comments: