Jan 21, 2013

Minyak kelapa dara.

Assalamualaikum korang.

Setelah macam produk yang aku cerita sekarang nih aku nak cerita pasal minyak kelapa dara atau in english virgin coconut oil (VCO).Minyak nih memang dah lama femes dan dekat rumah aku memang dah lama ada.tapi aku nih suka pandang enteng pada produk macam nih.benda untuk kesihatan mana ada yang sedap. tuh lah sekarang orang jual dalam bentuk macam bebola tuh tapi kecik.so bila nak telan tak rasa lah minyak kelapa dara nih.tapi apa yang aku jual still dalam bentuk cecair dan tak diolah pon menjadi bebola kecil ittew.

Dulu mak aku suruh minum minyak kelapa dara nih.bukan minum 1 cawan tapi 1 sudu je.gila 1 cawan? bila dah makan rasa dekat tekak tuh macam melekat je dengan minyak kelapa nih.lepas tuh mak aku masak letak minyak kelapa dara.memang rasa macam kelapa lah bila masak nasi goreng pon guna minyak kelapa dara tapi ktorang bedal je sebab lapar.macam macam cara mak aku guna sebab tau minyak nih terlalu banyak khasiat.

Sekarang aku tengok banyak sambutan.masa hari tuh jual dekat MAHA ramai sangat orang beli.so sekarang aku jual thru online.

Antara kelebihan minyak kelapa dara;
  • Mengurangi risiko terserang atheroclerosis dan sakit jantung.
  • Membantu mengendalikan kencing manis.
  • Membantu mencegah osteoporosis.
  • Memberikan sumber energy yang cepat.
  • Menguatkan sistem ketahanan tubuh.
  • Mengurangi gaut dan stroke.
  • Mengurangi risiko penyakit hati dan radang paru paru.
  • Menstabilkan kadar kolestrol dalam darah.
  • Membentuk berat badan ideal.
  • Mencegah terjadinya pembekuan darah.
  • Memperbaiki pencernaan.
  • Mengurangi risiko demam,batuk,selsema dan asthma.
  • Menyembuhkan kulit yang terluka.
  • Menyihatkan kulit kepala dan rambut yang berkilat.
  • Membantu penjagaan kulit menjadi lebih halus dan lembut.
  • Membantu melambatkan kedutan kulit.
  • Mengubati sakit gigi dan sengatan serangga.
Cara menggunakannya;
  • Dicampurkan kedalam makanan.
  • Sebagai salad dressing.
  • Dicampurkan kedalam minuman.
  • Dimakan begitu saja dari dua hingga empat sudu sehari,kalau tak boleh makan begitu saja boleh dicampurkan dengan madu.
  • Kegunaan luar,sapukan pada luka atau bahagian yang sakit. 
Aturan minum;
  • Dewasa; 1 atau 2 sudu makan,2 kali sehari .pagi dan mala.
  • Kanak kanak; 1 atau 2 sudu teh,2 kali sehari.pagi dan malam.

Terlalu banyak khasiat minyak kelapa dara.kalau korang nak tau pape atau nak order boleh contact aku di FB atau whatsapp di 0176319717.

Sabar ye Sabariah

Assalamualaikum w.b.t semuaaa;)

Refer balik pada tajuk bukan Sabariah je kena sabar tapi Jamilah.Zaiton.Erra Fazira.Uji Rashid dan semua pon kena sabar.macam kes Uji Rashid tak dapat nyanyi lagu terukir dibintang tuh sabar je lah ye.akak kan tak sihat.aku pon kena sabar.kita semua pon kena sabar:)
  
'Tuhan, ajarkanlah aku tentang sabar dalam erti sebenar.yakinkan jua aku bahawa berbisik denganMu itu lebih indah dari mengharap pengertian manusia'

Contoh sifat sabar adalah ketika mana seseorang itu mengawal dirinya daripada melakukan sesuatu perkara yang diharamkan oleh Allah swt.
 
Antara contoh mereka yang tinggi kesabarannya adalah para rasul yang digelar sebagai Ulul Azmi. Mereka ialah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Mus, Nabi Isa dan Nabi Muhammad ‘alahimussolaatu wassalam. Dalam al-Quran, Allah swt telah berfirman :
“Bersabarlah kamu sepertimana bersabarnya rasul-rasul Ulul Azmi (sebelum kamu).”(Surah al-Ahqaf:35).
Lihatlah sahaja kesabaran Nabi Nuh as yang berdakwah selama 950 tahun semata-mata untuk mengajak manusia beriman kepada Allah swt, namun tidak ramai yang beriman dengan risalah beliau termasuklah anak dan isteri beliau sendiri. Firman Allah swt:
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya selama 950 tahun kemudia Kami timpakan kaumnya dengan taufan dalam keadaan mereka melakukan kezaliman”(Surah al-’Ankabut:14).
Sesungguhnya Allah swt akan menguji keimanan para hambaNya dengan melihat setinggi manakah kesabaran mereka ketika ditimpa musibah. Musibah adalah segala bentuk ujian berat yang menimpa kehidupan kita.

Manusia yang diberikan ujian oleh Allah swt bolehlah diketegorikan kepada empat golongan sepertimana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin rhm.

Golongan Pertama:
Mereka yang tidak mempu menerima ujian. Golongan ini merupakan golongan yang terlalu nipis sifat kesabaran di dalam jiwa mereka. Maka mereka akan membenci setiap ketentuan dan ujian yang mereka hadapi. Kebencian ini akan lahir daripada hati mereka dengan menolak qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan dalam hidup mereka.
Hati kecil mereka akan berkata, “kenapakah kejamnya Tuhan kepada diriku?” Malah tindakan benci ini akan lahir dengan kata-kata kesat terhadap ketentuan Allah swt ke atas diri mereka. Kemungkinan juga sifat benci ini akan hadir dalam bentuk tindakan dengan mencederakan anggota tubuh badan malah mungkin menyebabkan seseorang itu membunuh diri. Inilah golongan yang terlampau lemah jiwa dan iman mereka ketika ditimpa sesuatu ujian.

Golongan Kedua:
Mereka yang sabar dengan ketentuan Allah swt. Golongan ini akan sentiasa berbaik sangka dengan Allah swt. Segala ujian sama ada dalam bentuk kesakitan mahupun kesedihan itu akan ditempuhnya dengan tabah dan dia yakin segala itu ada hikmah dan kebaikan untuk diri dan kehidupannya di muka bumi Allah swt. Ketikamana ditimpa ujian maka dia akan meletakkan tangannya di atas dada lalu berkata “Hasbiyallahu wa ni’mal wakil” iaitu cukuplah Allah itu bagiku dan dialah sebaik-baik pengatur urusan.

Golongan Ketiga:
Mereka yang redha dengan setiap ujian. Ketikama seseorang itu dipukul gelora dalam kehidupannya dia akan menerima ketentuan tersebut dengan rasa redha. Baginya setiap ketentuan Allah swt itu adalah baik baginya. Inilah ciri-ciri mereka yang tinggi keimanan ketikamana ditimpa musibah dalam kehidupan. Malah Nabi saw mengkategorikan mereka ini sebagai golongan yang luar biasa.
Sabda Nabi saw: “Amat luar biasa urusan kehidupan seseorang mukmin itu. Segala perkara yang ditempuhi dianggap segalanya baik baginya. Perkara ini tidak akan dirasai melainkan oleh seseorang yang beriman. Apabila dia diberikan kesenangan maka dia akan bersyukur kerana dia yakin perkara tersebut adalah baik baginya. Malah apabila dia ditimpa musibah maka dia akan bersabar kerana perkara itu juga adalah baik baginya”. (Hadith riwayat Imam Muslim).
Inilah contoh sifat redha yang perlu adalah dalam jiwa kita ketika menerima ujian daripada Allah swt.

Golongan Keempat:
Mereka yang bersyukur di atas ujian yang diberikan oleh Allah swt. Inilah sifat paling mulia pada seseorang hamba ketikamana menerima ujian dan dugaan kehidupan daripadaNya. Ketika mana dia telah bersabar dan redha, lantas akan hadir suatu rasa yang cukup indah iaitu bersyukur di atas ujian-ujian tersebut. Kerana apa dia perlu bersyukur? Kerana dengan ujian kesakitan dan kesedihan itulah yang menyebabkan dia lebih kuat iman dan terasa lebih hampir kepada Allah swt. Segala kesakitan zahir dan batin itu seakan hilang bila rasa cinta kepada Allah swt dan syukur kepadaNya itu hadir di dalam jiwanya.
Inilah sunnah Nabi saw ketika menerima ujian yang ditempuhinya. Baginda saw akan bersyukur lantas mengucapkan : “Segala pujian bagi Allah swt di atas setiap keadaan”.(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan dinilai sahih oleh al-Albaniy).

Doa diberi kesabaran menghadapi musuh;
  1
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 250)


رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A'raf : 126)

 
Aku pun perlu bersabar dalam banyak hal.perlu ajar hati aku untuk terima segala ujian yang datang supaya takde perasaan dendam dalam diri.sama sama lah kita tanam sifat sabar untuk hadapi hari mendatang;)

'Be patient and understanding. Life's too short to be vengeful or malicious'

Jan 15, 2013

Listen.listen.listen. Let me speak. Ohyeah

Assalammualaikum,salam 1 Malaysia.KAHKAHKAH

Siapa Sharifah Zohra?sila google anda akan jumpa kalau tak jumpa maknanya sesuatu yang pelik sedang berlaku.Bila Shasha Mendoza dan Sharifah Zohra melatah sangat aneh dan annoying sikit dan aku lagi rela dengar Azwan Ali yang melatah.heh.



Miss Bawani Vs Kak Pah^^

Listen..

Listen..

Listen..

Listen...

Listen....

* I haven't finish*suara bawani bergema 

Kak Pah cakap "when I speak you listen"

Aku sedikit confuse disini pandai pulak when I speak u listen tapi bila orang lain cakap kau tak nak listen pulak.siap tarik mic.Sangat childish.nasib baik tak berebut mic dekat situ.

Let me speak..

Let me speak..

Let me speak..

Let me speak..

Let me speak..

Kak Pah tanya "did I give her RESPECT?" dekat semua audience yang ada dekat dalam dewan tuh.dan semua orang dalam dewan bertepuk tangan dan cakap YES. Korang semua dah kena pukau ke hape?ke korang memang dengan rela hati bercakap begitu ataupun terpaksa?

Kak Pah tak jawab soalan pon tapi Kak Pah lebih give attention dekat anjing. kucing. kambing. ikan. ikan jerung. burung. Kak Pah berjiwa penyayang dan sangat bagus dengan semua binatang. Respect Kak Pah sebab Kak Pah sayang animal. Aku pon sayang animal sebab tuh aku sayang Kak Pah*muntah

Lepas tuh Kak Pah boleh cakap pasal study level dia dengan student ittew. Sangat tak dewasa lah Kak Pah nih walaupun dari luaran dah nampak kedewasaan Kak Pah ittew. malunya sayaaaa. kalau saya jadi Kak Pah bila saya tengok video tuh balik saya akan cepat cepat beli tiket flight lari luar negara.

Kami ada lagu untuk Kak Pah. sila LISTEN :P


Tadi Kak Pah suruh kami LISTEN kan?sekarang Kak Pah pulak LISTEN.heh.


Dan last sekali 'kalau tak suka sistem, go somewhere else' . Ayat ini sentiasa tak logik. Menolak yang hak dan mengiyakan yang batil. Hah kau. Jangan buat aku mulakan. Apa kena dengan kau ni heh?

Kak Pah saya nak juga galaxy note free yang Kak Pah nak bagi tuh.choiii 

Bawani, I'm really salute with this girl because of her bravery. good job girl*terpaksa slow kan volume earphone aku.

Boooooo SW1M. Boooooo PAH1M. sila adil. logik. dan jangan pandai cakap saja.

Kejap lagi kita tengok. Dah banyak gelak dah hari ni membaca lawak-lawak Animal Planet.Terima Kasih Kak Pah dan semua yang terlibat kerana kau semua telah hiburkan aku dengan drama listen and letmespeak. Thank You ;D

Terlalu banyak troll untuk this story.sila google anda pasti jumpa.

Happy working. Happy tuesday. Happy feet :P

Jan 14, 2013

SF Beauty

Assalamualaikum gadis =)

Boleh tak bagi aku gelak kejap?kahkahkahkahkahkahk,aku rasa macam kelakar je nak cerita tentang kecantikan semua nih sebab aku sendiri tak mementingkan kecantikan.tak suka makeup,tak reti pakai eyeshadow,aku tak pernah ada makeup remover,aku tak pernah ada mascara sebab aku tak reti nak guna.ok aku cerita satu rahsia aku pernah guna lipstik jadikan eyeshadow sebab aku tengok orang pakai cantik tapi tengok cermin macam haramJ so aku tak pakai dah.

Sebelum nih aku pernah update pasal felinna inchloss dan felinna vitamin C, tuh pon aku rasa macam 'eh apa kene dengan aku nih?sejak bila aku dah terjebak dengan dunia dunia kecantikan dalaman dan luaran nih?arghhhhhh!' aku sendiri tak boleh terima apa ntah lagi kawan kawan aku.tapi bila diorang tengok perubahan aku diorang dah boleh accept,tuh baru beberapa kerat.budak lelaki tak jumpa lagi kalau jumpa confirm aku kena up je.puiii.

Sekarang aku nak cerita pasal SF Beauty pulak,so korang jangan nak gelak kan aku okey.aku share dengan korang sebab aku pakai berkesan.kalau tak berkesan aku pon taknak share buat kena marah je.tak sanggup jijah nak hadapi semua tomahan orang nanti.kesian jijah tauuu.hikhikhik.

Ok Sf Beauty nih ada 2 jenis.1 untuk kulit yang sensitif dan berjerawat korang boleh guna set vit C dan 1 lagi untuk kulit normal yang berjeragat dan tak sekata korang boleh guna set vit E.Aku yang kedua letteww,kulit aku dulu tak sekata dan kusam.sangat sedih bila orang cakap'eh ummu ko nih sakit eh?muka tak bermaya je' *balik rumah larilari nangis.hukhukhuk

"Dari pendapat aku sejak aku pakai produk nih nak dekat sebulan aku rasa kulit aku lagi cerahsekata,jeragat berkurang, muka tak berminyak sangat dan aku puas hati.kihkihkih.Dulu disebabkan aku gelap anuar siap belikan aku bedak sejuk sebab nak suruh aku cerah.kahkahkah.kelakar je rasa tapi sekarang aku suka berlagak dekat depan dia yang aku dah putih sikit dari dulu.takde lah putih macam snow white.menangis neelopa nanti.*sorry peminat lopa"

Ok dekat sini aku nak bagi tips untuk korang*bajet cantik sangat siap nak bagi tips*  

 TIPS PENTING Bagi Pengguna Baru SF Beauty

1) Pilih Set Yg Betul 
Kulit Normal & jeragat sila la guna kn Set Vit E.
Kulit Jerawat dan Sensitip sila la guna Set Vit C.
Kulit bermasalah spt jerawat bernanah, gatal2 kurap di muka, atas kelopak mata dan alah kpd kosmetik, sila la dpt kan rawatan doctor.

2) Kekerapan bersabun.
Jgn terlalu kerap menggunakan sabun kerana ia akan mengaktifkan sel2 kulit menghasilkan minyak. Minyak yg byk akan mengundang masalah jerawat. Cukup sekadar mencuci muka 2-3x sehari je. (Sbb tu sy pakai sabun leh jimat 3 bulan.hihi.aku belah 4.senang.tak membazir)

3) Larangan mencapur2 bahan kosmetik brand lain.
Untuk kesan yg sempurna, elakkan mencapur adukkan penggunaan Sf Beauty dgn produk penjagaan kulit yg lain. Contoh: Toner brand A, Scrub brand B, Pencuci muka brand C, Krim Siang brand D, tiba2 krim malam brand Sf Beauty.. hehe..masalah muka tak selesai jika anda amalkan ini..:).

4) Elakkan penggunaan Bedak Padat, Foundation,Concealer.
2 minggu pertama penggunaan SF Beauty, elakkan menyapu bedak padat, foundation, concealer dan segala2.bebaskan diri anda dari make up. Yg perlu cuma pakai krim siang ja. Bg yg xbiasa muka berkilat, Cuma sapukan nipis2 bedak baby. Ingat, sapu nipis ja tau.. Bila kesan-kesan awal penggunaan SF Beauty dah berlalu, baru lah boleh menggunaan Bedak Padat. tapi selalunya, customer akan ckp dh xperlu pakai bedak sbb kulit muka dh gebu. xda benda nk cover dh.hehe.best kan :) Jimat duit, jimat masa.

5) Penggunaan Toner.
Bagi yang dah biasa dengan rutin menggunakan toner, sila tipu otak anda dengan meletakkan air mineral didalam bekas spray...Setiap kali mahu menggunakan krim siang/mlm, spray sedikit air mineral pada kapas dan sapu pada muka. Ia akan membantu sapuan lebih rata pada kulit. Mengapa sy mengajar anda untuk menipu otak sndri? Ini kerana, SF beauty tidak mempunyai toner dan tidak memerlukan toner. Bahan yang terkandung didalam Sabun, Krim Malam dan Siang sudah memadai untuk memperbaiki tekstur kulit anda.

6) Tempoh pemulihan kulit.
Bagi tempoh sekurang-kurang nya 2 minggu sehingga sebulan bagi kulit menjalani proses pemulihan. Kesan gatal-gatal, tegang, penggelupasan halus adalah normal di awal penggunaan SF Beauty. Ia biasanya berkurangan selepas 2 minggu. Jika dalam sebulan kesan gatal-gatal, tegang dan menggelupas x hilang, itu bermakna kulit anda adalah kulit sensitive dan perlu beralih pada sabun Vit C. (Ini mmg pengalaman sy sendiri.Sebulan sy gatal-gatal dan menggelupas halus, tapi bila tukar ke sabun sensitive, dlm 3 hari terus hilang gatal-gatal, menggelupas halus tu).

7) Alamak dah tersalah beli sabun, budget tak ada..mcm mana ni?
Bagi individu yg dah tersedar diri nya memerlukan sabun Vit C, tetapi tidak mempunyai budget menukar sabun Vit E ke Vit C, boleh cuba buat begini.. Guna kn sabun Vit E yg telah anda terbeli tu, tetapi semasa membasuh muka jgn biarkan buih lama2 diatas muka. cukup hanya dengan meratakan buih di sekitar muka sahaja. Tak perlu sental beriya-iya. Dah ada budget, boleh beli sabun Vit C.

*Ok korang nampak kan cara penulisan sama sekali lain macam aku tulis, sebab semua nih aku copy paste dari penjual yang aku beli dekat dia.dia yang bagi so aku taknak tukar takut aku salah sampai kan so aku bagi korang baca bulat bulat macam dia bagi aku baca.Kalau korang was was lagi korang boleh whatsapp aku di 0176319717 ataupun email aku atau kalau korang suka contact melalui fb silalah ke fb aku.

Dia dulu officemate aku^^

 Set Vit E
*untuk pengguna seperti aku,jeragat.kulit tak sekata.

 Set Vit C
*untuk kulit berjerawat dan sensitif

Okey bai uols,selamat menjadi cerah*bajet lah aku nih


Jan 7, 2013

snow man & durian

Assalammualaikum*sambil gosok gosok mata sebab ngantuk*

Durian?apa yang ada pada durian?hah?bau yang menyusuk hidung sampai boleh pening kepala?yang boleh buat orang teruja?mual?pitam?.Okey semua orang tau durian dengan rakyat Malaysia nih memang tak dapat dipisahkan lah aku rasa walaupun korang jenis yang tak boleh makan durian sebab nanti demam tapi ada korang kesahkan? sebab durian nih bila datang musim dia semua tekak teringin nak makan sampai ada yang mengidam ngidam.tuh yang tak tahan mengalahkan orang pregnant,aku lettew:P

Pada malam new year,okey aku dah cerita pasal new year tapi aku tak cerita macamana aku celebrate new year.heheh.heh?aku celebrate new year?aku tak tau nak mengklafikasikan adakah aku celebrate new year..biarkan lah celebrate ke tak tapi malam tuh aku makan durian dekat ss2 secara buffet dengan hanya RM9.MURAHKAN?sebelum nih ada jumpa tapi RM10 kira murah lah tuh tapi aku punya yang 9 hengget nih lagi murah.service bagus.cuma tak sediakan sabun time nak basuh tangan je ;P

 

Kami makan berdua je tapi tengoklah berapa banyak ulas,kekekke ;S

 









 Tengok betapa besarnya isi durian tuh,sampai takut aku nak makan.
Selepas habis makan durian kami pon ingat nak beredar lah sebab maklum lah jalan mesti jammed punya so we need to hurry untuk elakkan jemmmm.let's goooo.lepas tuh ,mak jemah ajak tengok bunga api tapi bukan lah dekat the curve,dataran mahupun bukit bukau yang boleh nampak bunga api tapi dekat desa park city,disebabkan jemm yang melampau kami tengok dekat parking lot tepi jalan.ohmaynnn.

Tengah ktorang sembang sembang aku tanya lah elok tak aku pakai shawl? tapi tapi tapi jawapan sangat menghampakan bila dia cakap eeeiii muka dah lah bulat,badan bulat dah macam snow man dah aku tengok.kahkahkahkah terguris nya hati ini.lempang karang.okey lepas nih kalau nak pakai shawl jangan depan anuar kang tak pasal pasal dia panggil aku snow man lagi.ciss!cis!cis!

Adakah aku kelihatan macam snow man wahai kawan kawan yang cantik jelita?:P


Jan 4, 2013

DIY Necklace

Assalammualaikum wahai rakyat jelata sekalian.

Do it yourself ataupun DIY ataupun Do it yourself ataupun DIY. ok ok mari kita sambung. sekarang trend semua nak DIY termasuklah aku.siap cakap nanti pelamin kawen pon nak DIY boleh cut cost.kalau aku nih pandai menjahit baju kawen pon kalau boleh aku nak DIY juga. Apa apa je lah yang boleh mengurangkan bajet aku nak DIY,kalau pandai memilih korang untung kalau tak pandai memilih korang rugi walaupun DIY.

Ok cerita nih takde kena mengena dengan pelamin kawen ataupun baju kawen tapi rantai kawen,eh?bukan rantai kawen tapi rantai biasa yang kita pakai pergi kenduri kawen as an accessories so nampak lah lagi vogue takpon menarik,tak gittew kak joyah?

Adalah dalam 2 3 video yang aku suka cara dia buat necklace,tak rumit. simple. menarik. senang. dan bahan bahan senang dapat. Kalau korang tak tau mana nak cari barang barang nih semua korang boleh cari dekat GM ataupun Kenanga Wholesale City (KWC) kalau korang pergi sini memang banyak jual barang tapi jangan rambang mata, dan silalah cari tempat yang anda dah set dalam otak sebelum keluar rumah lagi. Faham?

Mari kita tengok video yang simple dan best dan menarik dan macam macam lagi.



First tutorial,sweet!


Aku suka tengok semua video video dia,fringe necklace.


Statement necklace dia sangat awesome padahal guna pin biasa dan manik je.


Straight knot necklace sangat mantap.


Ini juga awesome,just use a safety pin same like third video but in different way.

hope u like it and best of luck!^^

Jan 3, 2013

Felinna Vitamin C plus Pure Collagen

Assalamualaikum w.b.t

Vitamin C plus Pure Collagen korang tahu?korang pernah dengar?korang pernah lihat?kalau pernah bagus dan kalau tidak pernah meh sini aku nak habaq mai kat ampa semua.

Vitamin C plus Pure Collagen bertindak untuk menjadikan kulit anda lebih cantik,cerah,kurangkan parut,kurangkan jerawat untuk yang banyak jerawat dan hilangkan jerawat untuk yang jerawat naik ikut musim ittew ,sebelum nih Felinna ada keluarkan product vitamin C dan PF vitamin tapi macam susah sikit nak kena makan sekali 2 biji dan lebih costly so sekarang adanya Felinna Vitamin C plus Pure Collagen hidup anda menjadi lebih mudah dan tak perlulah nak makan sekali 2 biji dalam 1 masa just makan sebiji Felinna Vitamin C plus Pure Collagen.

Ingredients untuk PMCVC;

-Collagen Marine
-Extract Gluta
-Vitamin C
-Extract Citrus

Collagen marine ialah pure collagen,ianya bertindak untuk melambatkan proses penuaan tapi tapi tapi bukan bermaksud korang takkan tua,tipulah.tapi proses untuk korang tua tuh lambat. Walaupun korang dah 25 macam aku korang still nampak sweet 17 gittew.

Extract Gluta pula ialah sejenis antioksida yang akan mengumpulkan semua toksik dalam badan dan membuang toksik itu melalui perkumuhan,apa itu perkumuhan?nak kena pukul?ceit! sebab itu ia akan mengurangkan garis garis halus atau kedut kedut dimuka anda,mencegah pigmentasi dan juga mencegah melanin gelap.

Vitamin C bertindak sebagai,eh jap vitamin C takkan tak tau kot jangan nak buat buat tak tau eh.ok lah ok lah aku btau Vitamin C ialah untuk melicinkan dan mencantikkan kulit kita, mencegah penyakit dan banyak lagi, korang boleh tengok lebih detail mengenai vitamin c disini.

Extract Citrus mampu menguatkan sistem imun badan dan mampu melindungi sel sel badan daripada rosak.Selain itu,ia dapat membasmi radikal bebas dan sinaran UV, memudarkan parut dan juga bertindak sebagai antibiotik.


testimonial

Produk ini HALAL dan mendapat kelulusan KKM

Terdapat 30 biji kapsul dan boleh dimakan 2 biji sehari atau 1 biji sehari, apa yang aku tahu kebanyakan pengguna PMCVC ini memakannya pada waktu malam kerana badan kita berehat pada waktu malam jadi proses itu akan terjadi dengan lebih cepat.

Reg. no ;ULUKM/1542/12
Halal ref no ;150127-PR

Harga RM85 dan RM90 untuk sabah dan sarawak.

Sekiranya korang nak order boleh bagi nama,alamat,no telefon dan jumlah.Boleh hubungi aku memalui FB atau di 0176319717.

thanks uols^^


Felinna Inchloss

Assalamualaikum penduduk bumi =)

Disebabkan aku nak cerita pasal felinna lebih baik aku menceritakan dengan lebih serius dan detail mengenai product Felinna ini.Product Fellina yang aku jual ialah Felinna Inchloss dan juga Vitamin C plus Pure Collagen. Korang mesti dah tahu pasal product Felinna nih kan sebab bukan main femes dan menjadi bualan ramai kot product ini. Okey mari kita mulakan dengan;

Felinna Inchloss

Seperti yang kita semua tahu Felinna Inchloss nih adalah untuk mereka yang ingin kelihatan ramping persis model model.hikhikhik.Bagi aku Felinna Inchloss sesuai untuk;
1-Yang gemuk atau berisi di certain part seperti pipi.lengan,paha atau part part lain.
2-Berisi secara keseluruhan-seperti ini perlu lebih gigih dan kerap menyapu lotion ini.
3-Untuk mereka yang baru lepas pantang atau lepas bersalin.
4-Menghadapi masalah buang air besar.
5-Selulit

Korang semua dah baca siapa yang selayaknya memakai Felinna Inchloss ini? Aku tau sebab aku sendiri pon takut nak makan pil kurus seperti mana korang pon takut kan,so aku rasa lotion nih memang sesuai sebab hanya digunakan di kulit dan tak perlu nak makan untuk kesan lebih pantas.sapu saja.

 

Felinna inchloss diperbuat daripada bahan semualajadi dan korang tak perlu risau sebab tiada bahan kimia yang digunakan,masakan ibu mengandung boleh guna takkan ada bahan kimia kot tapi untuk ibu mengandung jangan sapu dekat perut sebab dalam perut tuh bukan lemak tapi baby dan belakang pinggang.tapi lepas mengandung korang sapulah dekat mana mana yang hang suka.

Bau dia wangi dan tidak terlalu panas,tapi panas lembut lembut gittew.Kalau korang sapu pagi lepas tuh time lunch korang makan korang rasa perut korang macam panas gedik gedik gittew.macam ada tindakbalas dengan Fellina Inchloss.

Lotion ini juga dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran di Maahad Tahfiz Bukit Mertajam,Pulau Pinang untuk memberikan kesan yang lebih kepada pengguna dan seeloknya ketika menyapu Fellina ke kulit anda selawat lah sekali.

Boleh sapu dekat pipi untuk lebih runcing =D

Boleh digunakan oleh semua peringkat umur dan juga tak kira lelaki atau wanita.


Dari Felinna sendiri;

"After hari tu upload gambar ramai yg cakap felinna propa plus ada gak yg cakap gambar gemuk tu adalah kakak,adik or sapa2 bukan felinna and ada gak yg cakap gambar kurus itu sebelum menjadi gemuk..
ok sy tahu gambar gemuk ni xfull tapi harap maaf masa mengalami masalah kegemukan tu memang i alergik ngan camera and confident terus hilang..so susah sgt nak cari gambar ni ha.. yups 3bulan lepas bersalin saya rasa sangat buruk okey! hingga jumpa inchloss and terfikir untuk buat jualan bagi membantu lebih ramai wanita yg takut makan pil.. takut nak minum minuman kurus tuh utk sama2 rasai kehebatan produk ni.. ya! SAYA BERJAYA TURUN 5KG DALAM 1 BULAN..dan saya semakin yakin walau bukan kembali ke berat asal saya masih xjemu2 sapu inchloss ke lemak2 yang masih bermahrajalela.. ada lagi 5kg untuk diturunkan.. jom sama2 inch loss and rasai kehebatan nya!"

NOW XDE SAPA DAH NAK PERTIKAI ORIGINALITI GAMBAR KOT? HHE ITU SUAMI YANG SAMA.. XBESAR2 DAN ANAK YG SAMA YG MAKIN MEMBESAR.. JADI SILA TELITI DAN INI MEMANG SAYA..KALAU BUKAN SAYA XKAN SUAMI NAK PELUk KAN? ♥


Cara guna felinna Inchloss-;

Picit secukupnya, sapu dan buat sedikit urutan dibahagian yang anda inginkan mengikut arah jam atau lawan jam sehingga meresap dengan hanya menggunakan 3 jari sahaja sebab takut nanti lotion lebih banyak meresap ditangan anda berbanding ditempat yang anda ingin kan.

Sapu 2 kali sehari selepas mandi dan sebelum tidur atau mahukan lebih kesan lepas korang mandi pagi korang sapu lepas tuh balik kerja petang korang mandi korang sapu lagi, lepas tuh nanti pukul 10 malam atau 11 malam time korang nak tidur korang sapu lagi.

*product ini HALAL dan mendapat kelulusan KKM

Harga RM75/RM80 untuk sabah dan sarawak 
180ml sebotol
Kalau nak order boleh bagi nama,alamat,jumlah dan nombor telefon.

*Korang juga boleh whatsapp di nombor 017-6319717

*untuk Vitamin C plus Pure Collagen aku update next entry okey ;)

Hello New Year !

Assalamualaikum uols.

Happy new year. Happy 2013. Hello 2013.Assalamualaikum 2013.


Tahun baru.Azam baru.Kereta baru. Niat baru,semua serba serbi nak baru.apakejadahnya, pukul kang.jangan membazir=)

Setiap kali tahun baru semua orang pasti ada tanam azam tahun baru tapi aku macam biasa azam tahun baru aku biasa biasa je tapi azam aku tiap tiap hari sentiasa ada, mestilah kita nak tanamkan azam dalam diri kita semua yang baik baik je kan.mana ada orang tanam azam yang buruk buruk,gila ka?

Bila tahun baru masihi ada tak korang sematkan azam dalam hati ?bukan boifren nama azam okey.kang menangis girlfren dia nak kena cari azam lain.ok dah melalut. Tapi aku tahu korang semua lebih petingkan tahun baru masihi dari tahun baru yang disambut setiap hujung tahun tuh kan?kan?kan?

Then what we need to do now is create a new drama for our new book and more drawing for our new canvas.muahahahha. Tak perlulah nak ada azam tiap tiap tahun kang kalau azam tahun lepas tak tertunai kena carry forward tahun nih habis tuh azam tahun nih cane?kesian dia tapi kalau korang rasa ittew boleh menjadikan korang lebih berjaya dan semangat.TERUSKAN!

Aku tak boleh lah nak kondem atau bangkang cara korang,sebab everyone have their on way to improve themselves. Ikut cara yang betul InsyaAllah berjaya. Aku nih pon banyak yang perlu baiki sebab aku sendiri tahu banyak dosa yang aku buat. tegur aku kalau aku salah dan jangan cakap belakang pasal orang lain.INGAT!Sayang diri kita InsyaAllah orang lain juga akan sayang kita.

Oleh dengan itu aku macam biasa mahukan perubahan diri yang lebih baik dari aku yang sekarang setiap hari taknak lah tahun baru je.kehkhekhe. Aku rasa aku dah kurang kan membebel tapi kalau dengan bestfren aku, memang aku tak boleh kurangkan.semua salah diorang!cehh.
Kurangkan cakap kasar bukan mencarut sebab aku memang tak berapa suka mencarut tapi cakap kasar yang buat orang terasa.Ada ke yang terasa dengan aku?diorang bukan heran sangat dengan apa yang aku cakap sebab aku suka main main.kalau ada I'm sorry.

Ok marilah kita jadi lebih baik.nanti kalau aku diam jangan tanya kenapa.kekekek




Jan 2, 2013

Taman Negara Part II

Assalamualaikum peeps;)

Ok lets we continue entry yang masa hari tuh,sape yang baru baca dan tak tau mana entry tuh tekan je dekat belah kanan bawah sekali yang tulis older tuh:P*cehh takde mukadimah langsung*

Alaaaa aku baru teringat yang aku pernah baca dekat blog sape ntah kalau kita pergi taman negara elok lah lepas tuh kita singgah tengok gajah buat show.Tapi baru sekarang aku ingat,alaaaa ruginyaaa. alaaaaa.alaaaaaa. Korang jangan cakap ala ummu lepas nih kan boleh pergi lagi,TOLONG LAH JANGAN CAKAP, aku taknak sebab jalan nak pergi sana buat aku sakit kepala. korang yang tak kesah jalan pusing pusing macam roller coaster sampai aku pening pening lalat tuh takpe lah,boleh lah korang pergi.tapi aku?!huh! Alaaa bencilah.

Jom sambung balik.

Lepas kami dah habis aktiviti siang hari kami pon tidur sampai sikit lagi nak maghrib.penat sangat gamaknya..Lepas dah siap siap tuh ingat nak pergi nite walk,malam malam kan kita boleh tengok pokok yang bercahaya yang berbau dan boleh tahu apa yang bintang bintang tuh buat, Kalau pakai tour guide 1 kepala dia charge dalam RM35-RM40 tapi kami nih advance sikit tak payah pakai tour guide,redah sendiri ikut kata hati.kahkahkah takde lah kata hati sangat tapi dah ada track ikut je lah,nampak orang naik kita naik lah rupa rupanya diorang tengah tengok rusa minum-orang cakap tuh memang port rusa sebab ada air masin.aku pon tak sure sangat.wei wei wei nak bitau nih kami jumpa cendawan glow in the dark.sebelum nih pernah jumpa juga tapi kali nih buat buat jakun macam tak pernah jumpa:P


 Pose time malam tak sama dengan pose time siang
 
 Time nih kami ramai ramai duduk berderet nak tengok rusa,layan kan je lah dah binatang tuh je yang ada dekat situ.
 

Kiri;dalam hutan,diorang dah siap kan path untuk korang so senang lah takde masalah dengan tanah atau lecak walaupun baru lepas hujan.
Kanan;itulah gambar cendawan 'glow in the dark'


Waktu balik sambil jalan berlenggang kangkung tiba tiba Juna cakap eh ada tapir lah!ada tapir!suruh diorang cepat sikit boleh tangkap gambar dengan tapir,so kami pon berlari dengan pantas so ini lah tapir dia.merayau rayau cari makanan.pihak chalet dekat sini memang bela diorang nih.

 Ini signboard waktu mula mula nak masuk dalam hutan tapi kami tangkap waktu balik sebab awal awal tadi eksaited nak masuk hutan.


Jumpa nih dalam kedai makan,ohyeahhhh!

Arep makan dengan penuh perasaan,tapi aku pon tak sure apa perasaan dia,nikmat betul.Ekin tuh aku pon tak faham tengah ejek pekerja yang macam kerek tuh kot.kahkahkahk

Picture nih sebelum makan,walaupun perut lapar berkeroncong untuk ana satu! tapi tangkap gambar bukan main.

Ok lepas makan perut kenyang mari kita balik sambung main Uno.

Keesokkan harinya ktorang naik sampan pergi seberang sorang kena bayar RM1 macam biasa lepas tuh tengok signboard mana paling dekat untuk pejalan kaki.

Nahhhhh,

  Seperti yang kita lihat paling dekat sekali ialah 'LUBUK SIMPON',mari lah kita memulakan perjalanan.


Aku rasa kalau takde lori ais tuh lagi cantik,sibuk ahh.

 Mari lah tangkap gambar signboard yang ada.



Uolss tengoklah nih,posing ala ala hero remaja.menangis iols tengok.




 Kutip duit lagi nak naik sampan balik.

 Ini lah kami,SMAT.Aku tak ingat yang aku dah upload ke belum before this tapi apa nak heran belog aku sukahati aku lah,kehkehkeh

 Ok ramai ramai naik hilux ateng balik ke mana mana korang suka:P

 The boys ^^
*masa hari tuh the girls kali nih the boys.takpe lah sekali sekala bagi diorang glemer.


Ehem ehemm,
Kasi can lah sekali sekala.
heuheuheuh..ok aku pakai size kecik*pasrah


Thanks uols ^^


*SMAT stand for Sofa Merah Adventure Team