Dec 26, 2012

Taman Negara

Assalamualaikum penduduk bumi =D

Last week pada tanggal 21 December sepatutnya kami beramai ramai akan bergerak ke Kelantan untuk meraikan hari bersejarah seseorang tapi apakan daya jodoh tidak kesampaian maka kami ke Taman Negara,meh sini nak cerita sikit aku dah standby baju kurung kot nak pergi hari bersejarah ittew*muncunglebihsikit* tapi apakan daya apa yang dirancang tidak menjadi,Allah S.W.T dah rancang sesuatu yang lebih baik tapi kita tak tahu,mungkin akan dapat jodoh yang sesuai untuk kedua dua belah pihak. Betul lah hati dan perasaan nih kita tak boleh duga,bila perasaan tuh dah takde kau paksa macam mana pon dia memang takde. Tuh lah aku cakap tadi Allah S.W.T dah rancang untuk kita dan siapa kita untuk tolak takdir-Nya.

Sorry lari tajuk,mari lah kita sambung balik pasal Taman Negara yang kami pergi dekat Jerantut nun sana tuh.

Kami gerak dalam pukul 1.45 pagi, sepanjang perjalanan ke sana tiada apa yang menarik melainkan jalan ke Kuala Tahan itu sangat tragis dengan selekoh selekoh yang membuatkan aku pening kepala. Ini memang salah aku sebab aku sorang je yang pening kepala sedangkan makhluk lain sedang bergembira menyanyi dan melayan lagu lagu lama yang terdapat di dalam kereta Ekin dan hanya 1 cd itu saja yang lagu nya boleh dilayan berbanding cd yang lain dan terdapat banyak juga binatang seperti lembu, kerbau bersidai di atas jalan sambil baring baring so kami terpaksa bawa kereta dengan slownya takut terlanggar, ktorang sampai dalam pukul 5.30 dan disebabkan chalet takde yang 24/7 open kami menumpang di surau. Nasib baik ada, kalau takde menempel je lah kami dalam kereta tuh :)

Dalam pukul 5.55 pagi masuk waktu subuh kami pon solat berjemaah dan sambung semula tidur berjemaah juga sebab diorang cakap jumpa balik pukul 7 tapi aku masih pening kepala sebab tuh time breakfast muka aku macam hape ntah.

 
Nasi lemak sini murah dan sedap sampai esokkannya pon Ekin dan Noi still request nak nasi lemak semalam.cait. Aku lah yang rugi makan 2 3 suap je.Anuar siap makan 2 bungkus!yang lain tak payah cerita lah pagi pagi makan ikan patin masak tempoyak dah.

Lepas breakfast semua tuh ktorang pergi check in bilik murah sumbat 4 orang bayar RM70, budak lelaki tidur dekat dorm so sumbat lah ramai ramai, sekepala dalam 20 hengget kot tuh tak minta diskaun lagi ;P

First aktiviti canopy walk,rapid shooting dengan melawat perkampungan Aboriginal sekali package nih RM180 untuk satu sampan,satu sampan muat dalam 14 orang tak silap aku so korang yang nak pergi boleh share lah takde lah rugi nanti.Kalau aku nak cerita satu satu macam malas je tapi semua aktiviti nih best dan memang berbaloi, Aku bagi korang tengok gambar je mesti korang dapat rasa apa yang menariknya.


 waktu pagi sebelum buat apa apa aktiviti.
kecik,anuar,ateng,juna,libby,aku,munah,ekin dan noi

Kalau nak buat aktiviti memang kena naik sampan dan dekat sini tempat tunggu sampan.


See!see!tuh ada tulis canopy walkway :P
badan katang tuh sham dan abang botak tuh boy.


 Ini lah dia canopy walk terpanjang tapi tak jadi terpanjang sebab tengah renovate.Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh search dekat sini.


The girls^^

Lepas habis canopy walk dan berjalan berlenggang kangkung kami pon mendayung sampan ke Aboriginal village dan aku ingat rapid shooting lepas habis melawat tapak kawasan perkampungan sebab takkan nak melawat orang dalam keadaan basah kuyup kan?sangat tak sopan okey! tapi rupanya andaian aku salah sama sekali, rapid shooting dijalankan sewaktu kami dalam perjalanan ke aboriginal village, gambar takde sebab dah simpan semua nanti camera basah.

tapi,

hurm,

hurm,
*tak payah nak tapi sangat lah ummu,cepat ah cite!*

Aku bagi korang tengok picture dekat perkampungan orang asli je lah.

 Sampai sampai semua duduk baik baik sebab nak dengar apa yang orang tuh nak sampaikan.Ateng je duduk tak berapa nak baik,menjelir je keje :P

 Diorang memang power,hidupkan api tak sampai 3 minit okey!

 Bersama tok batin

Dari ktorang sampai sehinggalah ktorang balik keje menangis je.





 Patutlah aboriginal dekat sini takut dengan pelawat sebab diorang nih semua aggresive kot,tengok je lah memasing.haish.

*aktivit malam aku sambung next entry eh sebab sekarang pon dah malam aku nak balik rumah,kbai;)

Dec 21, 2012

Taman Negara here we come!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dec 19, 2012

Big Bad Wolf

Last week aku pergi BBW memandangkan niat yang tersemat didalam sanubari yang terpendam lama perlu ditunaikan,aku memang kena pergi walaupun apa pon terjadi.aku kena pergi!!*tiup tudung*
Pada hari ahad aku berusaha pujuk anuar sebab pujukan aku pada 2 minggu lepas dan hari sabtu sebelum hari aku dapat pergi tak berapa menjadi sebab jauh dekat MIECC nun sana tuh kalau dekat KL gigih juga lah nak pergi.ye lah kalau aku tak ajak anuar nanti sape nak tolong angkat buku aku tuh.memang lah aku boleh sebab aku lagi besar dari anuar tapi biar lah nak suruh dia juga.Aku bagi dia exercise lebih sikit supaya ada muscle.kahkahkah!!

Aku masuk masuk aku terus pergi dekat 'self help' aku perlu kan itu untuk meng'improve'kan lagi diri aku yang ntah pape nih.lepas tuh pergi dekat 'best seller' aku nak cari buku yang ditulis oleh Cecilia Ahern tapi apakan daya terlampau banyak buku sampai aku jadi rambang mata dan memang aku tak jumpa satu pon buku dari dia.stress!!!tapi tapi tapi aku jumpa buku Tasmina Perry hokayyyyyy!!!last sekali aku ingat nak cari buku dari Sheila O'flanagan tapi bila dah jumpa satu tuh keadaan buku tuh amat menyedihkan dan tinggal satu tuh je.Apa aku boleh buat tengok dan berlalu pergi.sosaddddd;(

Aku dapat grab dalam 9 buku je tapi takpe bersyukurlah ummu oi dari tak dapat langsung,haishh perangai teruk.ok ok Alhamdulillah sebab aku dapat pergi, dapat tengok buku yang banyak macam tuh dan dapat beli..sekarang adalah masa untuk menghabiskan buku buku yang aku telah beli tuh kang kalau tak baca anuar marah plak, ye lah semua buku tuh beli pakai duit dia memandangkan aku tak perasan yang aku tak bawa duti pon.cehhhhhh*jangan guna taktik nih sebab ini taktik lapuk.kehkhekhe:P



Dec 12, 2012

Chocolate cake

Update lagi!!!!mari kita tengok gambar dulu sebelum aku start membebel =D



Ini lah chocolate cake aku yang dilapis dengan chocolate ganache.cream cheese dan grapes memandangkan buah strawberry mahal haram J.Satu peel aku ialah aku risau orang cakap cake aku tak sedap atau cake aku takde orang nak makan tapi sambutan kali nih Alhamdulillah amat meberangsangkan.KAHKAHKAH aku rasa macam poyo sangat ayat memberangsangkan itteww.

Cake nih boleh tahan tinggi lah sebab aku buat tertebal dan ada hempat layer dengan berat 3.5 KG, sekarang badan kita semua dipenuhi dengan lemak lemak yang entah bila akan dibebaskan..owh aku buat nih hasil request dari ateng untuk december babies seramai 4 orang itteww


Dari kiri juna.ekin dan botak,amir datang lambat sikit tapi takpe yang penting dia dapat rasa cake aku.muahahahah*bajetmacamsedapsangat*

                                                      
                                                             Separuh dari kami


Terpaksa guna tukar size Xtra large kepada large sebab terkeluar perut dari baju,kang kalau guna size kecik terkebil kebil plak mata korang menengok gambar gambar nih.*korangtakfahamkan?akupontakfaham.bai*ehehheheheh:P

"Happy Birthday guys, may this new age will bring lots and lots and lots of happiness and tranquility"

Durian crepe

Hai korang,
Wahhhh gigih gila aku update 2 entry dalam 1 hari.mungkin dah nampak sikit peningkatan yang ada pada diri aku nih..korang tau kan sekarang demam durian crepe.pegi mana mana nak sembang pasal durian crepe sampai aku lepak dekat pantry office pon boss datang tanya pasal durian crepe nih.memang DAHSYAT betul pengaruh durian dekat rakyat malaysia nih.ke sebab rakyat malaysia memang suka makan?:P

Cerita pungpangpungpang pasal durian crepe nih kau dah buat ke?tunjuklah gambar?mesti korang cakap macam tuh kan?tapi hakikat yang hakikinya aku tak pernah buat langsung durian crepe nih tapi aku dah study dan buat sedikit research mana 1 resipi durian crepe yang terbaik.
Resepi durian crepe yang terbaik jatuh kepada*drum roll*

kakzusemanisgula.


BAHAN BAHAN  
250 gm tepun gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500 ml santan ~ kkzu gune 1/2 biji kelapa parut di ambil santannye ~ kalo tak kose nak blender @ perah gunakan jek santan dah siap tuu. Fungsi santan akan menjadikan lempeng elastik , mudah nak di angkat dan tidak mudah koyak.
1/ 2 sudu kecil garam
1 sudu kecil paste pandan ~  untuk kaler hijau @  kaler yang di sukai  tetapi yang pemesnye kaler hijau pandan dan kuning.
1 sudu besar  butter di cairkan ~ fungsinye akan menjadikan lempeng berkilat dan tidak melekat di kuali dan tidak perlu di sapu minyak pada kuali non stick.
2 sudu besar gula halus @ castor


CARA CARA
 
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga adunan sebati ~ masukkan santan sedikit sedikit untuk mengelakkan ianye berketol. Untuk adunan lebih halus masukkan ke dalam blender dan tapis ke dalam bekas. Tak tapis pun takpe eiihhh.
Panaskan kuali tidak lekat ~ non stick pan. Sapu sedikit minyak untuk kali pertama aje. Masukkan sesenduk dan ratekan menggunakan belakang senduk seperti  ini.@ lenggangkan kuali.
Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu di terbalikkan.
Ulang hingga adunan habis di masak.


FILLING
2OO gm non dairy whipping creme ~ putar hingga kental
Isi durian  secukupnye
Cara menggulung @ melipat seperti di atas.


FILLING CUSTARD
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.


Kalau macam aku,aku tak pernah makan durian yang diolah sebab aku selalu fikir cara orang tuh pegang durian nak asingkan dari biji,macam geli je dan segala jenis bubur durian,pengat durian,gula durian,dodol durian semua tuh aku tak makan tapi tapi tapi kalau beli durian sebiji bagi dekat aku confirm aku boleh habis kan!!sekiranya anda bukan penggemar durian anda juga boleh menukarkannya kepada mangga,strawberry,pisang dan kalau takde idea sangat guna kaya pon boleh.janji korang suka makan.

Gunung Bunga Buah

GBB?ermm..Aku taknak naik dah GBB nih lagi bagi lah aku cuba gunung lain selain GBB nih,banyak lagi gunung lain yang aku tak pernah naik dan teringin nak naik.nak tengok view dari puncak.weehhooooo.Lain gunung lain cabaran dia so aku dah tau challenge yang akan aku tempuh kalau naik GBB lagi so baik kita lupa kan GBB dan proceed untuk gunung yang lain tapi bila sampai rock garden view dan keadaan dekat situ memang superb.SUPERB ok!aku paling poyo dekat situ lah sebab nak cakap sambil keluar asap..kalau korang nak tau lebih details cerita pasal GBB nih korang boleh view blog member aku yang pergi sekali,dia pantas menaip dan pantas mengupdate.Disebabkan aku sedikit lambat atau agak ketinggalan aku malas lah nak update lagi..muahahahah:P

Aku bagi korang tengok view dari rock garden sebab GBB punya summit tak berapa best sangat.



Muka muka penat dan penuh harapan untuk sampai ke puncak secepat mungkin tapi malangnya sini baru rock garden,diorang penat sebab beg diorang semua berat berat:P

Bila sampai rock garden atau mana mana tempat acara dan perkara yang tak boleh ditinggalkan sejak dulu lagi ialah snap pictureeeeee.say cheesssseeeeeeeeee =D
hokay cerita lain dan selanjutnya korang boleh baca link yang aku bagi nih.
 
GBB part 1
GBB part 2
GBB finale =)

Dec 7, 2012

Bicara Selebriti



Assalamuaaikum w.b.t semuaaaaaaaaaaa =D

Ok hari nih aku nak cerita pasal 'Bicara Selebriti', aku layan video nih dekat utube je sebab aku tak tau lah kalau dekat stesen stesen television ada siarkan benda nih maklumlah dekat rumah sewa aku takde TV so aku tak alert langsung dengan semua cerita yang ada dekat TV,pukul 9.30 aku dah tidur. Ok ok aku nak sambung balik cerita pasal Bicara Selebriti nih, BS nih dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan so orang Kelantan boleh tengok live ok!LIVE!..

Selebriti yang diorang jemput dari Malaysia dan Indonesia tapi aku tak tau lah kalau diorang ada invite lagi selebriti dari negara lain tapi gua cakap sama lu rugi sapa yang tak dengar,RUGI tau tak?!.BEST!

Dengar dan Nilai apa yang diorang bincang kan,ahhh mesti korang cakap 'alaa dia nih macam baik sangat je' yes! aku memang bukan antara orang yang baik tapi apa salahnya aku bagitau korang apa yang aku dengar apa yang aku layan.Apa salahnya kita kongsi sama sama mana tau kita boleh jadi lebih baik kan?kan?kan?:P