Jan 3, 2013

Felinna Vitamin C plus Pure Collagen

Assalamualaikum w.b.t

Vitamin C plus Pure Collagen korang tahu?korang pernah dengar?korang pernah lihat?kalau pernah bagus dan kalau tidak pernah meh sini aku nak habaq mai kat ampa semua.

Vitamin C plus Pure Collagen bertindak untuk menjadikan kulit anda lebih cantik,cerah,kurangkan parut,kurangkan jerawat untuk yang banyak jerawat dan hilangkan jerawat untuk yang jerawat naik ikut musim ittew ,sebelum nih Felinna ada keluarkan product vitamin C dan PF vitamin tapi macam susah sikit nak kena makan sekali 2 biji dan lebih costly so sekarang adanya Felinna Vitamin C plus Pure Collagen hidup anda menjadi lebih mudah dan tak perlulah nak makan sekali 2 biji dalam 1 masa just makan sebiji Felinna Vitamin C plus Pure Collagen.

Ingredients untuk PMCVC;

-Collagen Marine
-Extract Gluta
-Vitamin C
-Extract Citrus

Collagen marine ialah pure collagen,ianya bertindak untuk melambatkan proses penuaan tapi tapi tapi bukan bermaksud korang takkan tua,tipulah.tapi proses untuk korang tua tuh lambat. Walaupun korang dah 25 macam aku korang still nampak sweet 17 gittew.

Extract Gluta pula ialah sejenis antioksida yang akan mengumpulkan semua toksik dalam badan dan membuang toksik itu melalui perkumuhan,apa itu perkumuhan?nak kena pukul?ceit! sebab itu ia akan mengurangkan garis garis halus atau kedut kedut dimuka anda,mencegah pigmentasi dan juga mencegah melanin gelap.

Vitamin C bertindak sebagai,eh jap vitamin C takkan tak tau kot jangan nak buat buat tak tau eh.ok lah ok lah aku btau Vitamin C ialah untuk melicinkan dan mencantikkan kulit kita, mencegah penyakit dan banyak lagi, korang boleh tengok lebih detail mengenai vitamin c disini.

Extract Citrus mampu menguatkan sistem imun badan dan mampu melindungi sel sel badan daripada rosak.Selain itu,ia dapat membasmi radikal bebas dan sinaran UV, memudarkan parut dan juga bertindak sebagai antibiotik.


testimonial

Produk ini HALAL dan mendapat kelulusan KKM

Terdapat 30 biji kapsul dan boleh dimakan 2 biji sehari atau 1 biji sehari, apa yang aku tahu kebanyakan pengguna PMCVC ini memakannya pada waktu malam kerana badan kita berehat pada waktu malam jadi proses itu akan terjadi dengan lebih cepat.

Reg. no ;ULUKM/1542/12
Halal ref no ;150127-PR

Harga RM85 dan RM90 untuk sabah dan sarawak.

Sekiranya korang nak order boleh bagi nama,alamat,no telefon dan jumlah.Boleh hubungi aku memalui FB atau di 0176319717.

thanks uols^^


Felinna Inchloss

Assalamualaikum penduduk bumi =)

Disebabkan aku nak cerita pasal felinna lebih baik aku menceritakan dengan lebih serius dan detail mengenai product Felinna ini.Product Fellina yang aku jual ialah Felinna Inchloss dan juga Vitamin C plus Pure Collagen. Korang mesti dah tahu pasal product Felinna nih kan sebab bukan main femes dan menjadi bualan ramai kot product ini. Okey mari kita mulakan dengan;

Felinna Inchloss

Seperti yang kita semua tahu Felinna Inchloss nih adalah untuk mereka yang ingin kelihatan ramping persis model model.hikhikhik.Bagi aku Felinna Inchloss sesuai untuk;
1-Yang gemuk atau berisi di certain part seperti pipi.lengan,paha atau part part lain.
2-Berisi secara keseluruhan-seperti ini perlu lebih gigih dan kerap menyapu lotion ini.
3-Untuk mereka yang baru lepas pantang atau lepas bersalin.
4-Menghadapi masalah buang air besar.
5-Selulit

Korang semua dah baca siapa yang selayaknya memakai Felinna Inchloss ini? Aku tau sebab aku sendiri pon takut nak makan pil kurus seperti mana korang pon takut kan,so aku rasa lotion nih memang sesuai sebab hanya digunakan di kulit dan tak perlu nak makan untuk kesan lebih pantas.sapu saja.

 

Felinna inchloss diperbuat daripada bahan semualajadi dan korang tak perlu risau sebab tiada bahan kimia yang digunakan,masakan ibu mengandung boleh guna takkan ada bahan kimia kot tapi untuk ibu mengandung jangan sapu dekat perut sebab dalam perut tuh bukan lemak tapi baby dan belakang pinggang.tapi lepas mengandung korang sapulah dekat mana mana yang hang suka.

Bau dia wangi dan tidak terlalu panas,tapi panas lembut lembut gittew.Kalau korang sapu pagi lepas tuh time lunch korang makan korang rasa perut korang macam panas gedik gedik gittew.macam ada tindakbalas dengan Fellina Inchloss.

Lotion ini juga dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran di Maahad Tahfiz Bukit Mertajam,Pulau Pinang untuk memberikan kesan yang lebih kepada pengguna dan seeloknya ketika menyapu Fellina ke kulit anda selawat lah sekali.

Boleh sapu dekat pipi untuk lebih runcing =D

Boleh digunakan oleh semua peringkat umur dan juga tak kira lelaki atau wanita.


Dari Felinna sendiri;

"After hari tu upload gambar ramai yg cakap felinna propa plus ada gak yg cakap gambar gemuk tu adalah kakak,adik or sapa2 bukan felinna and ada gak yg cakap gambar kurus itu sebelum menjadi gemuk..
ok sy tahu gambar gemuk ni xfull tapi harap maaf masa mengalami masalah kegemukan tu memang i alergik ngan camera and confident terus hilang..so susah sgt nak cari gambar ni ha.. yups 3bulan lepas bersalin saya rasa sangat buruk okey! hingga jumpa inchloss and terfikir untuk buat jualan bagi membantu lebih ramai wanita yg takut makan pil.. takut nak minum minuman kurus tuh utk sama2 rasai kehebatan produk ni.. ya! SAYA BERJAYA TURUN 5KG DALAM 1 BULAN..dan saya semakin yakin walau bukan kembali ke berat asal saya masih xjemu2 sapu inchloss ke lemak2 yang masih bermahrajalela.. ada lagi 5kg untuk diturunkan.. jom sama2 inch loss and rasai kehebatan nya!"

NOW XDE SAPA DAH NAK PERTIKAI ORIGINALITI GAMBAR KOT? HHE ITU SUAMI YANG SAMA.. XBESAR2 DAN ANAK YG SAMA YG MAKIN MEMBESAR.. JADI SILA TELITI DAN INI MEMANG SAYA..KALAU BUKAN SAYA XKAN SUAMI NAK PELUk KAN? ♥


Cara guna felinna Inchloss-;

Picit secukupnya, sapu dan buat sedikit urutan dibahagian yang anda inginkan mengikut arah jam atau lawan jam sehingga meresap dengan hanya menggunakan 3 jari sahaja sebab takut nanti lotion lebih banyak meresap ditangan anda berbanding ditempat yang anda ingin kan.

Sapu 2 kali sehari selepas mandi dan sebelum tidur atau mahukan lebih kesan lepas korang mandi pagi korang sapu lepas tuh balik kerja petang korang mandi korang sapu lagi, lepas tuh nanti pukul 10 malam atau 11 malam time korang nak tidur korang sapu lagi.

*product ini HALAL dan mendapat kelulusan KKM

Harga RM75/RM80 untuk sabah dan sarawak 
180ml sebotol
Kalau nak order boleh bagi nama,alamat,jumlah dan nombor telefon.

*Korang juga boleh whatsapp di nombor 017-6319717

*untuk Vitamin C plus Pure Collagen aku update next entry okey ;)

Hello New Year !

Assalamualaikum uols.

Happy new year. Happy 2013. Hello 2013.Assalamualaikum 2013.


Tahun baru.Azam baru.Kereta baru. Niat baru,semua serba serbi nak baru.apakejadahnya, pukul kang.jangan membazir=)

Setiap kali tahun baru semua orang pasti ada tanam azam tahun baru tapi aku macam biasa azam tahun baru aku biasa biasa je tapi azam aku tiap tiap hari sentiasa ada, mestilah kita nak tanamkan azam dalam diri kita semua yang baik baik je kan.mana ada orang tanam azam yang buruk buruk,gila ka?

Bila tahun baru masihi ada tak korang sematkan azam dalam hati ?bukan boifren nama azam okey.kang menangis girlfren dia nak kena cari azam lain.ok dah melalut. Tapi aku tahu korang semua lebih petingkan tahun baru masihi dari tahun baru yang disambut setiap hujung tahun tuh kan?kan?kan?

Then what we need to do now is create a new drama for our new book and more drawing for our new canvas.muahahahha. Tak perlulah nak ada azam tiap tiap tahun kang kalau azam tahun lepas tak tertunai kena carry forward tahun nih habis tuh azam tahun nih cane?kesian dia tapi kalau korang rasa ittew boleh menjadikan korang lebih berjaya dan semangat.TERUSKAN!

Aku tak boleh lah nak kondem atau bangkang cara korang,sebab everyone have their on way to improve themselves. Ikut cara yang betul InsyaAllah berjaya. Aku nih pon banyak yang perlu baiki sebab aku sendiri tahu banyak dosa yang aku buat. tegur aku kalau aku salah dan jangan cakap belakang pasal orang lain.INGAT!Sayang diri kita InsyaAllah orang lain juga akan sayang kita.

Oleh dengan itu aku macam biasa mahukan perubahan diri yang lebih baik dari aku yang sekarang setiap hari taknak lah tahun baru je.kehkhekhe. Aku rasa aku dah kurang kan membebel tapi kalau dengan bestfren aku, memang aku tak boleh kurangkan.semua salah diorang!cehh.
Kurangkan cakap kasar bukan mencarut sebab aku memang tak berapa suka mencarut tapi cakap kasar yang buat orang terasa.Ada ke yang terasa dengan aku?diorang bukan heran sangat dengan apa yang aku cakap sebab aku suka main main.kalau ada I'm sorry.

Ok marilah kita jadi lebih baik.nanti kalau aku diam jangan tanya kenapa.kekekek




Jan 2, 2013

Taman Negara Part II

Assalamualaikum peeps;)

Ok lets we continue entry yang masa hari tuh,sape yang baru baca dan tak tau mana entry tuh tekan je dekat belah kanan bawah sekali yang tulis older tuh:P*cehh takde mukadimah langsung*

Alaaaa aku baru teringat yang aku pernah baca dekat blog sape ntah kalau kita pergi taman negara elok lah lepas tuh kita singgah tengok gajah buat show.Tapi baru sekarang aku ingat,alaaaa ruginyaaa. alaaaaa.alaaaaaa. Korang jangan cakap ala ummu lepas nih kan boleh pergi lagi,TOLONG LAH JANGAN CAKAP, aku taknak sebab jalan nak pergi sana buat aku sakit kepala. korang yang tak kesah jalan pusing pusing macam roller coaster sampai aku pening pening lalat tuh takpe lah,boleh lah korang pergi.tapi aku?!huh! Alaaa bencilah.

Jom sambung balik.

Lepas kami dah habis aktiviti siang hari kami pon tidur sampai sikit lagi nak maghrib.penat sangat gamaknya..Lepas dah siap siap tuh ingat nak pergi nite walk,malam malam kan kita boleh tengok pokok yang bercahaya yang berbau dan boleh tahu apa yang bintang bintang tuh buat, Kalau pakai tour guide 1 kepala dia charge dalam RM35-RM40 tapi kami nih advance sikit tak payah pakai tour guide,redah sendiri ikut kata hati.kahkahkah takde lah kata hati sangat tapi dah ada track ikut je lah,nampak orang naik kita naik lah rupa rupanya diorang tengah tengok rusa minum-orang cakap tuh memang port rusa sebab ada air masin.aku pon tak sure sangat.wei wei wei nak bitau nih kami jumpa cendawan glow in the dark.sebelum nih pernah jumpa juga tapi kali nih buat buat jakun macam tak pernah jumpa:P


 Pose time malam tak sama dengan pose time siang
 
 Time nih kami ramai ramai duduk berderet nak tengok rusa,layan kan je lah dah binatang tuh je yang ada dekat situ.
 

Kiri;dalam hutan,diorang dah siap kan path untuk korang so senang lah takde masalah dengan tanah atau lecak walaupun baru lepas hujan.
Kanan;itulah gambar cendawan 'glow in the dark'


Waktu balik sambil jalan berlenggang kangkung tiba tiba Juna cakap eh ada tapir lah!ada tapir!suruh diorang cepat sikit boleh tangkap gambar dengan tapir,so kami pon berlari dengan pantas so ini lah tapir dia.merayau rayau cari makanan.pihak chalet dekat sini memang bela diorang nih.

 Ini signboard waktu mula mula nak masuk dalam hutan tapi kami tangkap waktu balik sebab awal awal tadi eksaited nak masuk hutan.


Jumpa nih dalam kedai makan,ohyeahhhh!

Arep makan dengan penuh perasaan,tapi aku pon tak sure apa perasaan dia,nikmat betul.Ekin tuh aku pon tak faham tengah ejek pekerja yang macam kerek tuh kot.kahkahkahk

Picture nih sebelum makan,walaupun perut lapar berkeroncong untuk ana satu! tapi tangkap gambar bukan main.

Ok lepas makan perut kenyang mari kita balik sambung main Uno.

Keesokkan harinya ktorang naik sampan pergi seberang sorang kena bayar RM1 macam biasa lepas tuh tengok signboard mana paling dekat untuk pejalan kaki.

Nahhhhh,

  Seperti yang kita lihat paling dekat sekali ialah 'LUBUK SIMPON',mari lah kita memulakan perjalanan.


Aku rasa kalau takde lori ais tuh lagi cantik,sibuk ahh.

 Mari lah tangkap gambar signboard yang ada.



Uolss tengoklah nih,posing ala ala hero remaja.menangis iols tengok.




 Kutip duit lagi nak naik sampan balik.

 Ini lah kami,SMAT.Aku tak ingat yang aku dah upload ke belum before this tapi apa nak heran belog aku sukahati aku lah,kehkehkeh

 Ok ramai ramai naik hilux ateng balik ke mana mana korang suka:P

 The boys ^^
*masa hari tuh the girls kali nih the boys.takpe lah sekali sekala bagi diorang glemer.


Ehem ehemm,
Kasi can lah sekali sekala.
heuheuheuh..ok aku pakai size kecik*pasrah


Thanks uols ^^


*SMAT stand for Sofa Merah Adventure Team




Dec 26, 2012

Taman Negara

Assalamualaikum penduduk bumi =D

Last week pada tanggal 21 December sepatutnya kami beramai ramai akan bergerak ke Kelantan untuk meraikan hari bersejarah seseorang tapi apakan daya jodoh tidak kesampaian maka kami ke Taman Negara,meh sini nak cerita sikit aku dah standby baju kurung kot nak pergi hari bersejarah ittew*muncunglebihsikit* tapi apakan daya apa yang dirancang tidak menjadi,Allah S.W.T dah rancang sesuatu yang lebih baik tapi kita tak tahu,mungkin akan dapat jodoh yang sesuai untuk kedua dua belah pihak. Betul lah hati dan perasaan nih kita tak boleh duga,bila perasaan tuh dah takde kau paksa macam mana pon dia memang takde. Tuh lah aku cakap tadi Allah S.W.T dah rancang untuk kita dan siapa kita untuk tolak takdir-Nya.

Sorry lari tajuk,mari lah kita sambung balik pasal Taman Negara yang kami pergi dekat Jerantut nun sana tuh.

Kami gerak dalam pukul 1.45 pagi, sepanjang perjalanan ke sana tiada apa yang menarik melainkan jalan ke Kuala Tahan itu sangat tragis dengan selekoh selekoh yang membuatkan aku pening kepala. Ini memang salah aku sebab aku sorang je yang pening kepala sedangkan makhluk lain sedang bergembira menyanyi dan melayan lagu lagu lama yang terdapat di dalam kereta Ekin dan hanya 1 cd itu saja yang lagu nya boleh dilayan berbanding cd yang lain dan terdapat banyak juga binatang seperti lembu, kerbau bersidai di atas jalan sambil baring baring so kami terpaksa bawa kereta dengan slownya takut terlanggar, ktorang sampai dalam pukul 5.30 dan disebabkan chalet takde yang 24/7 open kami menumpang di surau. Nasib baik ada, kalau takde menempel je lah kami dalam kereta tuh :)

Dalam pukul 5.55 pagi masuk waktu subuh kami pon solat berjemaah dan sambung semula tidur berjemaah juga sebab diorang cakap jumpa balik pukul 7 tapi aku masih pening kepala sebab tuh time breakfast muka aku macam hape ntah.

 
Nasi lemak sini murah dan sedap sampai esokkannya pon Ekin dan Noi still request nak nasi lemak semalam.cait. Aku lah yang rugi makan 2 3 suap je.Anuar siap makan 2 bungkus!yang lain tak payah cerita lah pagi pagi makan ikan patin masak tempoyak dah.

Lepas breakfast semua tuh ktorang pergi check in bilik murah sumbat 4 orang bayar RM70, budak lelaki tidur dekat dorm so sumbat lah ramai ramai, sekepala dalam 20 hengget kot tuh tak minta diskaun lagi ;P

First aktiviti canopy walk,rapid shooting dengan melawat perkampungan Aboriginal sekali package nih RM180 untuk satu sampan,satu sampan muat dalam 14 orang tak silap aku so korang yang nak pergi boleh share lah takde lah rugi nanti.Kalau aku nak cerita satu satu macam malas je tapi semua aktiviti nih best dan memang berbaloi, Aku bagi korang tengok gambar je mesti korang dapat rasa apa yang menariknya.


 waktu pagi sebelum buat apa apa aktiviti.
kecik,anuar,ateng,juna,libby,aku,munah,ekin dan noi

Kalau nak buat aktiviti memang kena naik sampan dan dekat sini tempat tunggu sampan.


See!see!tuh ada tulis canopy walkway :P
badan katang tuh sham dan abang botak tuh boy.


 Ini lah dia canopy walk terpanjang tapi tak jadi terpanjang sebab tengah renovate.Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh search dekat sini.


The girls^^

Lepas habis canopy walk dan berjalan berlenggang kangkung kami pon mendayung sampan ke Aboriginal village dan aku ingat rapid shooting lepas habis melawat tapak kawasan perkampungan sebab takkan nak melawat orang dalam keadaan basah kuyup kan?sangat tak sopan okey! tapi rupanya andaian aku salah sama sekali, rapid shooting dijalankan sewaktu kami dalam perjalanan ke aboriginal village, gambar takde sebab dah simpan semua nanti camera basah.

tapi,

hurm,

hurm,
*tak payah nak tapi sangat lah ummu,cepat ah cite!*

Aku bagi korang tengok picture dekat perkampungan orang asli je lah.

 Sampai sampai semua duduk baik baik sebab nak dengar apa yang orang tuh nak sampaikan.Ateng je duduk tak berapa nak baik,menjelir je keje :P

 Diorang memang power,hidupkan api tak sampai 3 minit okey!

 Bersama tok batin

Dari ktorang sampai sehinggalah ktorang balik keje menangis je.





 Patutlah aboriginal dekat sini takut dengan pelawat sebab diorang nih semua aggresive kot,tengok je lah memasing.haish.

*aktivit malam aku sambung next entry eh sebab sekarang pon dah malam aku nak balik rumah,kbai;)

Dec 21, 2012

Taman Negara here we come!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dec 19, 2012

Big Bad Wolf

Last week aku pergi BBW memandangkan niat yang tersemat didalam sanubari yang terpendam lama perlu ditunaikan,aku memang kena pergi walaupun apa pon terjadi.aku kena pergi!!*tiup tudung*
Pada hari ahad aku berusaha pujuk anuar sebab pujukan aku pada 2 minggu lepas dan hari sabtu sebelum hari aku dapat pergi tak berapa menjadi sebab jauh dekat MIECC nun sana tuh kalau dekat KL gigih juga lah nak pergi.ye lah kalau aku tak ajak anuar nanti sape nak tolong angkat buku aku tuh.memang lah aku boleh sebab aku lagi besar dari anuar tapi biar lah nak suruh dia juga.Aku bagi dia exercise lebih sikit supaya ada muscle.kahkahkah!!

Aku masuk masuk aku terus pergi dekat 'self help' aku perlu kan itu untuk meng'improve'kan lagi diri aku yang ntah pape nih.lepas tuh pergi dekat 'best seller' aku nak cari buku yang ditulis oleh Cecilia Ahern tapi apakan daya terlampau banyak buku sampai aku jadi rambang mata dan memang aku tak jumpa satu pon buku dari dia.stress!!!tapi tapi tapi aku jumpa buku Tasmina Perry hokayyyyyy!!!last sekali aku ingat nak cari buku dari Sheila O'flanagan tapi bila dah jumpa satu tuh keadaan buku tuh amat menyedihkan dan tinggal satu tuh je.Apa aku boleh buat tengok dan berlalu pergi.sosaddddd;(

Aku dapat grab dalam 9 buku je tapi takpe bersyukurlah ummu oi dari tak dapat langsung,haishh perangai teruk.ok ok Alhamdulillah sebab aku dapat pergi, dapat tengok buku yang banyak macam tuh dan dapat beli..sekarang adalah masa untuk menghabiskan buku buku yang aku telah beli tuh kang kalau tak baca anuar marah plak, ye lah semua buku tuh beli pakai duit dia memandangkan aku tak perasan yang aku tak bawa duti pon.cehhhhhh*jangan guna taktik nih sebab ini taktik lapuk.kehkhekhe:P



Dec 12, 2012

Chocolate cake

Update lagi!!!!mari kita tengok gambar dulu sebelum aku start membebel =D



Ini lah chocolate cake aku yang dilapis dengan chocolate ganache.cream cheese dan grapes memandangkan buah strawberry mahal haram J.Satu peel aku ialah aku risau orang cakap cake aku tak sedap atau cake aku takde orang nak makan tapi sambutan kali nih Alhamdulillah amat meberangsangkan.KAHKAHKAH aku rasa macam poyo sangat ayat memberangsangkan itteww.

Cake nih boleh tahan tinggi lah sebab aku buat tertebal dan ada hempat layer dengan berat 3.5 KG, sekarang badan kita semua dipenuhi dengan lemak lemak yang entah bila akan dibebaskan..owh aku buat nih hasil request dari ateng untuk december babies seramai 4 orang itteww


Dari kiri juna.ekin dan botak,amir datang lambat sikit tapi takpe yang penting dia dapat rasa cake aku.muahahahah*bajetmacamsedapsangat*

                                                      
                                                             Separuh dari kami


Terpaksa guna tukar size Xtra large kepada large sebab terkeluar perut dari baju,kang kalau guna size kecik terkebil kebil plak mata korang menengok gambar gambar nih.*korangtakfahamkan?akupontakfaham.bai*ehehheheheh:P

"Happy Birthday guys, may this new age will bring lots and lots and lots of happiness and tranquility"

Durian crepe

Hai korang,
Wahhhh gigih gila aku update 2 entry dalam 1 hari.mungkin dah nampak sikit peningkatan yang ada pada diri aku nih..korang tau kan sekarang demam durian crepe.pegi mana mana nak sembang pasal durian crepe sampai aku lepak dekat pantry office pon boss datang tanya pasal durian crepe nih.memang DAHSYAT betul pengaruh durian dekat rakyat malaysia nih.ke sebab rakyat malaysia memang suka makan?:P

Cerita pungpangpungpang pasal durian crepe nih kau dah buat ke?tunjuklah gambar?mesti korang cakap macam tuh kan?tapi hakikat yang hakikinya aku tak pernah buat langsung durian crepe nih tapi aku dah study dan buat sedikit research mana 1 resipi durian crepe yang terbaik.
Resepi durian crepe yang terbaik jatuh kepada*drum roll*

kakzusemanisgula.


BAHAN BAHAN  
250 gm tepun gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500 ml santan ~ kkzu gune 1/2 biji kelapa parut di ambil santannye ~ kalo tak kose nak blender @ perah gunakan jek santan dah siap tuu. Fungsi santan akan menjadikan lempeng elastik , mudah nak di angkat dan tidak mudah koyak.
1/ 2 sudu kecil garam
1 sudu kecil paste pandan ~  untuk kaler hijau @  kaler yang di sukai  tetapi yang pemesnye kaler hijau pandan dan kuning.
1 sudu besar  butter di cairkan ~ fungsinye akan menjadikan lempeng berkilat dan tidak melekat di kuali dan tidak perlu di sapu minyak pada kuali non stick.
2 sudu besar gula halus @ castor


CARA CARA
 
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga adunan sebati ~ masukkan santan sedikit sedikit untuk mengelakkan ianye berketol. Untuk adunan lebih halus masukkan ke dalam blender dan tapis ke dalam bekas. Tak tapis pun takpe eiihhh.
Panaskan kuali tidak lekat ~ non stick pan. Sapu sedikit minyak untuk kali pertama aje. Masukkan sesenduk dan ratekan menggunakan belakang senduk seperti  ini.@ lenggangkan kuali.
Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu di terbalikkan.
Ulang hingga adunan habis di masak.


FILLING
2OO gm non dairy whipping creme ~ putar hingga kental
Isi durian  secukupnye
Cara menggulung @ melipat seperti di atas.


FILLING CUSTARD
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.


Kalau macam aku,aku tak pernah makan durian yang diolah sebab aku selalu fikir cara orang tuh pegang durian nak asingkan dari biji,macam geli je dan segala jenis bubur durian,pengat durian,gula durian,dodol durian semua tuh aku tak makan tapi tapi tapi kalau beli durian sebiji bagi dekat aku confirm aku boleh habis kan!!sekiranya anda bukan penggemar durian anda juga boleh menukarkannya kepada mangga,strawberry,pisang dan kalau takde idea sangat guna kaya pon boleh.janji korang suka makan.