Last week pada tanggal 21 December sepatutnya kami beramai ramai akan bergerak ke Kelantan untuk meraikan hari bersejarah seseorang tapi apakan daya jodoh tidak kesampaian maka kami ke Taman Negara,meh sini nak cerita sikit aku dah standby baju kurung kot nak pergi hari bersejarah ittew*muncunglebihsikit* tapi apakan daya apa yang dirancang tidak menjadi,Allah S.W.T dah rancang sesuatu yang lebih baik tapi kita tak tahu,mungkin akan dapat jodoh yang sesuai untuk kedua dua belah pihak. Betul lah hati dan perasaan nih kita tak boleh duga,bila perasaan tuh dah takde kau paksa macam mana pon dia memang takde. Tuh lah aku cakap tadi Allah S.W.T dah rancang untuk kita dan siapa kita untuk tolak takdir-Nya.
Sorry lari tajuk,mari lah kita sambung balik pasal Taman Negara yang kami pergi dekat Jerantut nun sana tuh.
Kami gerak dalam pukul 1.45 pagi, sepanjang perjalanan ke sana tiada apa yang menarik melainkan jalan ke Kuala Tahan itu sangat tragis dengan selekoh selekoh yang membuatkan aku pening kepala. Ini memang salah aku sebab aku sorang je yang pening kepala sedangkan makhluk lain sedang bergembira menyanyi dan melayan lagu lagu lama yang terdapat di dalam kereta Ekin dan hanya 1 cd itu saja yang lagu nya boleh dilayan berbanding cd yang lain dan terdapat banyak juga binatang seperti lembu, kerbau bersidai di atas jalan sambil baring baring so kami terpaksa bawa kereta dengan slownya takut terlanggar, ktorang sampai dalam pukul 5.30 dan disebabkan chalet takde yang 24/7 open kami menumpang di surau. Nasib baik ada, kalau takde menempel je lah kami dalam kereta tuh :)
Dalam pukul 5.55 pagi masuk waktu subuh kami pon solat berjemaah dan sambung semula tidur berjemaah juga sebab diorang cakap jumpa balik pukul 7 tapi aku masih pening kepala sebab tuh time breakfast muka aku macam hape ntah.
Nasi lemak sini murah dan sedap sampai esokkannya pon Ekin dan Noi still request nak nasi lemak semalam.cait. Aku lah yang rugi makan 2 3 suap je.Anuar siap makan 2 bungkus!yang lain tak payah cerita lah pagi pagi makan ikan patin masak tempoyak dah.
Lepas breakfast semua tuh ktorang pergi check in bilik murah sumbat 4 orang bayar RM70, budak lelaki tidur dekat dorm so sumbat lah ramai ramai, sekepala dalam 20 hengget kot tuh tak minta diskaun lagi ;P
First aktiviti canopy walk,rapid shooting dengan melawat perkampungan Aboriginal sekali package nih RM180 untuk satu sampan,satu sampan muat dalam 14 orang tak silap aku so korang yang nak pergi boleh share lah takde lah rugi nanti.Kalau aku nak cerita satu satu macam malas je tapi semua aktiviti nih best dan memang berbaloi, Aku bagi korang tengok gambar je mesti korang dapat rasa apa yang menariknya.
waktu pagi sebelum buat apa apa aktiviti.
kecik,anuar,ateng,juna,libby,aku,munah,ekin dan noi
kecik,anuar,ateng,juna,libby,aku,munah,ekin dan noi
Kalau nak buat aktiviti memang kena naik sampan dan dekat sini tempat tunggu sampan.
See!see!tuh ada tulis canopy walkway :P
badan katang tuh sham dan abang botak tuh boy.
badan katang tuh sham dan abang botak tuh boy.
Ini lah dia canopy walk terpanjang tapi tak jadi terpanjang sebab tengah renovate.Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh search dekat sini.
The girls^^
Lepas habis canopy walk dan berjalan berlenggang kangkung kami pon mendayung sampan ke Aboriginal village dan aku ingat rapid shooting lepas habis melawat tapak kawasan perkampungan sebab takkan nak melawat orang dalam keadaan basah kuyup kan?sangat tak sopan okey! tapi rupanya andaian aku salah sama sekali, rapid shooting dijalankan sewaktu kami dalam perjalanan ke aboriginal village, gambar takde sebab dah simpan semua nanti camera basah.
tapi,
hurm,
hurm,
*tak payah nak tapi sangat lah ummu,cepat ah cite!*
*tak payah nak tapi sangat lah ummu,cepat ah cite!*
Aku bagi korang tengok picture dekat perkampungan orang asli je lah.
Sampai sampai semua duduk baik baik sebab nak dengar apa yang orang tuh nak sampaikan.Ateng je duduk tak berapa nak baik,menjelir je keje :P
Diorang memang power,hidupkan api tak sampai 3 minit okey!
Bersama tok batin
Dari ktorang sampai sehinggalah ktorang balik keje menangis je.
Patutlah aboriginal dekat sini takut dengan pelawat sebab diorang nih semua aggresive kot,tengok je lah memasing.haish.
*aktivit malam aku sambung next entry eh sebab sekarang pon dah malam aku nak balik rumah,kbai;)