Nov 28, 2012

Sungai Lembing

  Cerita sungai lembing nih dah lama tapi aku baru ingat password blog so baru lah aku update,ye aku tau aku pelupa.biar lah lambat pon yang penting ada dari tak hade..hehehh.Diorang pegi sungai lembing sebab nak kayuh basikal tapi aku takde basikal so aku naik lah four-wheel.kalau ada basikal pon aku taknak naik.gila apa aku nak kayuh jauh jauh kalau ada jalan senang,tak larat aku nak kayuh dengan bawa lemak yang banyak nih.Sebenarnya banyak aku nak cerita tapi aku tak ingat so tengok je lah gambar.sorry;)


awal pagi muka semua excited sangat tak sabar nak kayuh..tu perkara biasa kot.betul aku cakap diorang pegi mana mana pon mula mula muka eksaited.

Time nih diorang dah gerak,yang tengah betulkan tayar tuh boy dia dah biasa betulkan tayar so apa salahnya bagi dia buat kerjakerja macam tuh kan.dah biasa lah katakan.yang tengah pose tuh abaikan lah.interframe je tauu.kalau aku jadi boy aku baling tayar dekat diorang.korang faham kan?alamak,minta minta lah diorang tak jumpa blog aku sebab aku tak pernah bagitau orang.kalau diorang tau aku kutuk diorang nih habis lah.

muka muka yang kayuh basikal.fiona wanita paling kental sebab dia sorang je yang kayuh.memang power fiona nih semua dia boleh buat.

Boy cedera?takde hal lah kan aku cakap tadi dia dah biasa so kalau cedera macam nih dia tak heran.dengar cerita dia nak buat demo dekat fiona cane nak buang basikal kalau nak terjatuh.memang real lah cara dia tunjuk sebab sampai dia cedera.

ktorang naik nih so takde masalah lah tapi kepala ktorang terhantuk hantuk dekat besi besi tuh,lepas nih kalau nak naik aku nak pakai helmet lah.safety first kot.dah ktorang naik nih mestilah ktorang sampai dulu so yang sampai dulu nih pasang lah khemah dengan masak.kita ada chef mas in the house:P.

Bila semua dah sampai,dah makan dah kenyang dah tidur sampai ada ynag taknak bangun tau tak.petang tuh ktorang pon pegi mandi air terjun.air tejun dia memang best lah.tak macam selalu yang turun selebat lebatnya tapi dia macam gerimis je..jap aku bagi korang tengok.



bestkan?bila dah siap mandi snap picture semua ktorang turun bawah balik,siap siap untuk makan malam plak.standard lah malam mesti bbq.


Nih alif dia memang main benda alah nih,aku tak ingat orang panggil apa maklum lah dah lama.mula mula main pakai lampu je bagi panaskan badan dulu jap lagi baru guna api yang real punya.



standard lah ateng kan.tak boleh nak cakap apa dah.habis lah aktiviti untuk hari pertama,esok pagi siap siap kemas dan balik.

 time nak balik selisih dengan diorang yang kayuh basikal,konon konon macam water splash lah.



 Dah sampai bawah diorang salam salam,macam comel je.kahkahkah!ok dah habis~

No comments: