Refer balik pada tajuk bukan Sabariah je kena sabar tapi Jamilah.Zaiton.Erra Fazira.Uji Rashid dan semua pon kena sabar.macam kes Uji Rashid tak dapat nyanyi lagu terukir dibintang tuh sabar je lah ye.akak kan tak sihat.aku pon kena sabar.kita semua pon kena sabar:)
'Tuhan, ajarkanlah aku tentang sabar dalam erti sebenar.yakinkan jua aku bahawa berbisik denganMu itu lebih indah dari mengharap pengertian manusia'
Contoh sifat sabar adalah ketika mana seseorang itu mengawal dirinya daripada melakukan sesuatu perkara yang diharamkan oleh Allah swt.
Antara contoh mereka yang tinggi kesabarannya adalah para rasul yang digelar sebagai Ulul Azmi. Mereka ialah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Mus, Nabi Isa dan Nabi Muhammad ‘alahimussolaatu wassalam. Dalam al-Quran, Allah swt telah berfirman :
“Bersabarlah kamu sepertimana bersabarnya rasul-rasul Ulul Azmi (sebelum kamu).”(Surah al-Ahqaf:35).Lihatlah sahaja kesabaran Nabi Nuh as yang berdakwah selama 950 tahun semata-mata untuk mengajak manusia beriman kepada Allah swt, namun tidak ramai yang beriman dengan risalah beliau termasuklah anak dan isteri beliau sendiri. Firman Allah swt:
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya selama 950 tahun kemudia Kami timpakan kaumnya dengan taufan dalam keadaan mereka melakukan kezaliman”(Surah al-’Ankabut:14).Sesungguhnya Allah swt akan menguji keimanan para hambaNya dengan melihat setinggi manakah kesabaran mereka ketika ditimpa musibah. Musibah adalah segala bentuk ujian berat yang menimpa kehidupan kita.
Manusia yang diberikan ujian oleh Allah swt bolehlah diketegorikan kepada empat golongan sepertimana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin rhm.
Golongan Pertama:
Mereka yang tidak mempu menerima ujian. Golongan ini merupakan golongan yang terlalu nipis sifat kesabaran di dalam jiwa mereka. Maka mereka akan membenci setiap ketentuan dan ujian yang mereka hadapi. Kebencian ini akan lahir daripada hati mereka dengan menolak qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan dalam hidup mereka.
Hati kecil mereka akan berkata, “kenapakah kejamnya Tuhan kepada diriku?” Malah tindakan benci ini akan lahir dengan kata-kata kesat terhadap ketentuan Allah swt ke atas diri mereka. Kemungkinan juga sifat benci ini akan hadir dalam bentuk tindakan dengan mencederakan anggota tubuh badan malah mungkin menyebabkan seseorang itu membunuh diri. Inilah golongan yang terlampau lemah jiwa dan iman mereka ketika ditimpa sesuatu ujian.
Golongan Kedua:
Mereka yang sabar dengan ketentuan Allah swt. Golongan ini akan sentiasa berbaik sangka dengan Allah swt. Segala ujian sama ada dalam bentuk kesakitan mahupun kesedihan itu akan ditempuhnya dengan tabah dan dia yakin segala itu ada hikmah dan kebaikan untuk diri dan kehidupannya di muka bumi Allah swt. Ketikamana ditimpa ujian maka dia akan meletakkan tangannya di atas dada lalu berkata “Hasbiyallahu wa ni’mal wakil” iaitu cukuplah Allah itu bagiku dan dialah sebaik-baik pengatur urusan.
Golongan Ketiga:
Mereka yang redha dengan setiap ujian. Ketikama seseorang itu dipukul gelora dalam kehidupannya dia akan menerima ketentuan tersebut dengan rasa redha. Baginya setiap ketentuan Allah swt itu adalah baik baginya. Inilah ciri-ciri mereka yang tinggi keimanan ketikamana ditimpa musibah dalam kehidupan. Malah Nabi saw mengkategorikan mereka ini sebagai golongan yang luar biasa.
Sabda Nabi saw: “Amat luar biasa urusan kehidupan seseorang mukmin itu. Segala perkara yang ditempuhi dianggap segalanya baik baginya. Perkara ini tidak akan dirasai melainkan oleh seseorang yang beriman. Apabila dia diberikan kesenangan maka dia akan bersyukur kerana dia yakin perkara tersebut adalah baik baginya. Malah apabila dia ditimpa musibah maka dia akan bersabar kerana perkara itu juga adalah baik baginya”. (Hadith riwayat Imam Muslim).
Inilah contoh sifat redha yang perlu adalah dalam jiwa kita ketika menerima ujian daripada Allah swt.
Golongan Keempat:
Mereka yang bersyukur di atas ujian yang diberikan oleh Allah swt. Inilah sifat paling mulia pada seseorang hamba ketikamana menerima ujian dan dugaan kehidupan daripadaNya. Ketika mana dia telah bersabar dan redha, lantas akan hadir suatu rasa yang cukup indah iaitu bersyukur di atas ujian-ujian tersebut. Kerana apa dia perlu bersyukur? Kerana dengan ujian kesakitan dan kesedihan itulah yang menyebabkan dia lebih kuat iman dan terasa lebih hampir kepada Allah swt. Segala kesakitan zahir dan batin itu seakan hilang bila rasa cinta kepada Allah swt dan syukur kepadaNya itu hadir di dalam jiwanya.
Inilah sunnah Nabi saw ketika menerima ujian yang ditempuhinya. Baginda saw akan bersyukur lantas mengucapkan : “Segala pujian bagi Allah swt di atas setiap keadaan”.(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan dinilai sahih oleh al-Albaniy).
Doa diberi kesabaran menghadapi musuh;
1
رَبَّنَا
أَفْرِغْ عَلَيْنَا
صَبْرًا وَثَبِّتْ
أَقْدَامَنَا
وَانْصُرْنَا
عَلَى الْقَوْمِ
الْكَافِرِينَ
Maksudnya
: "Wahai Tuhan kami!
Limpahkanlah sabar kepada kami, dan
teguhkanlah tapak pendirian
kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah
: 250)
رَبَّنَا
أَفْرِغْ عَلَيْنَا
صَبْرًا وَتَوَفَّنَا
مُسْلِمِينَ
Maksudnya
: "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan
matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A'raf
: 126)
Aku pun perlu bersabar dalam banyak hal.perlu ajar hati aku untuk terima segala ujian yang datang supaya takde perasaan dendam dalam diri.sama sama lah kita tanam sifat sabar untuk hadapi hari mendatang;)
'Be patient and understanding. Life's too short to be vengeful or malicious'
No comments:
Post a Comment