May 21, 2010

tips mengawal penyakit hati

Sabda Nabi s.a.w"
Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu maka akan baiklah pula yang lain. Apabila buruk daging itu. Maka buruklah pula yang lain. Ketahuilah bahwa daging tersebut adalah hati"

"Ketahuilah bahawa penyakit hati itu lebih teruk berbanding penyakit fizikal kerana penyakit fizikal hanya dideritai di dunia tetapi andai penyakit hati yang dihidapi kemelaratannya bukan takat di dunia tetapi bakal dibawa ke akhirat kelak"

1. Mengurangkan makan dan minum. Kekenyangan yang berlebihan akan menyebabkan kita malas beribadah dan rasa mengantuk. Makanlah untuk hidup bukannya hidup untuk makan.

2. Menyibukkan diri kita dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Dhuha, solat Tahajud, solat Taubat, solat Witir dll. Ada pun solat itu penyuluh hati dan menyelamatkan kita dari sifat-sifat keji.

3. Mengamalkan membaca zikir harian. Amalan zikrullah adalah jalan yang paling dekat untuk sampai kepada Allah s.w.t. Zikir mampu membersihkan hati daripada karatnya (kekotoran)

4. Bersabar dalam menghadapi permasalahan, musibah dan tekanan. Sesungguhnya kesabaran itu adalah kekuatan diri yang sebenar.

5. Sentiasa memohon pertolongan daripada Allah s.w.t dan berdoa kepadanya agar kita dipelihara dan terselamat dari perbuatan-perbuatan keji.

6. Mengurangkan bercakap kepada benda-benda yang tidak berfaedah. Bercakaplah ketika perlu sahaja. Nabi ada menegaskan bahawa orang yang banyak bercakap, banyak pula kesalahan yang dibuat.

7. Menangislah sepuas-puasnya apabila kita menghadapi tekanan. Tekanan akibat dari cabaran hidup dapat dikurangkan dengan menangis. Ia akan mengembalikan semula ketenangan dan kedamaian dalam diri kita.

No comments: